Education Fun Run 2019

Education Fun Run 2019

minggu lepas, aku dengan beraninya telah menyertai education fun run di taman botani shah alam. kau gila? ni pertama kali aku masuk run tau. dan dan paling penting, aku cuma training sehari sahaja. itu pun tak sampai 5km. 

aku barai masa hari kejadian. hahahhaha ini pengalaman paling gampang dan kelakar. 

Fun Run 5km di Taman Botani

Education Fun Run 2019

dikatakan bahawa, program ni akan bermula pada jam 7.30. tapi, 7.30 masih menunggu ketibaan vvip aduh. aku rasa dalam jam 7.45 macam tu, baru peserta dilepaskan. aku sampai di taman botani tepat jam tujuh pagi. waktu tu, ramai juga yang dah sampai. semangat melakukan senaman ringkas. huhu. 

ini merupakan pengalaman pertama. jadi aku tak tahu, run sebelum ni macammana. jadi aku kutuk la diorang punya susunan masa yang tak menepati jadual. itu sahaja. biasalah tunggu VVIP kan. okay, benda kelakar nya ialah. aku terbaring tepi jalan selepas 1km yang pertama. masa ni memang aku dah boleh rasa yang nafas aku tersekat di skala tujuh weyh.

Terbaring Nafas Sangkut

kalau korang pernah pergi taman botani, kau akan faham kenapa aku rasa macamtu. jalan yang naik dan turun. peserta perlu meneruskan larian sepanjang 5km tanpa henti dengan keadaan jalan yang naik bukit dan turun bukit. 

1km yang pertama memang jalan hardcore bagi aku. aku tak training woi. aku kalah dengan budak kecik. hahahha. dia steady je. ternyata aku mati awal. waktu naik bukit berterusan, aku punya nafas tu macam tersekat tak sampai atas. terus aku dah rasa nak gelap. aku duduk kejap. tak puas. aku rasa macam makin nak pitam. terus aku baring. puas hati! aku tak peduli dah orang kiri kanan cakap apa.

beberapa saat lepastu, ada seorang kakak baik hati datang dekat aku. 

Education Fun Run 2019
bapak gua dan gua

'okay tak ni? jangan terus duduk. bangun - bangun. nah mentos'. aku ambil mentos tersebut tanpa rasa malu dan mengucapkan terima kasih. dengan seketul mentos pemberian orang tak dikenali dan beberapa biji halls purple, aku akhirnya berjaya menghabiskan larian dengan catatan masa satu jam mungkin. pewww. lama gila. 5km je pun. nampak sangat lemau. hahhaha

ramai penaja yang menaja program ni. antaranya ialah milo, mcdonals, honda dan banyak lagi. mengimbau kembali bila kena beratur untuk ambil milo. hahah. ingat tak? kenangan sekolah rendah? 

Education Fun Run 2019

jadi, dengan berbekalkan kekuatan dan semangat melihat budak - budak kecik yang jauh lebih power dari aku, inilah hasilnya. aku dapat menghabiskan larian.  inilah medal yang aku dapat. yeayy! koleksi medal selepas habis sekolah. hahahha. 

Education Fun Run 2019

insyaallah lepasni kalau rajin dan baik hati nak menghabiskan cuti dengan aktiviti sihat, aku akan join lagi mana - mana program macam ni. hehhehe.


Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.