Quote #98 MiezaS

Quote #98 MiezaS

ketika senja sedang berundur pergi, aku disini, di kaki langit memerhati jingga yang manisnya tak tergambar kata. didadaku ada kalungan kalungan rindu yang ku tahan sejak januari lalu, aku khuatir jika janji yang ku tunggu datang mengunjung maka akan bah air mata ini, dan tanpa ragu ogos akan menjadi mimpi paling ngeri sepanjang aku menjadi saorang komrad cinta.

kuatkah aku untuk menghadap susuk kenangan yang telah lama aku tinggalkan di hujung waktu. tak pernah sekali pun aku menjenguk meski ia pernah sakit tenat dan hampir tercabut nyawa.

tak pernah aku peduli atau mahu ambil tahu. yang aku mahu cuma, susuk kenangan yang sudah lama aku tunggu tapi tak pernah datang bertemu.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.