sumber : google |
Ini kias bukan bias,
Bukan lagu layu dalam lemas,
Cuma tergerak hati, mengatur rumi,
Dengan mata burung cuba lihat bumi(2x)
Apwriter Cipta wayang sebelum tidur, hero diri aku,
Kadang ada permaisuri, lakar buat mimpi aku,
Buat jiwa aku sering diganggu dipresi,
Jadi ku selalu sendiri untuk cuba meditasi..
Siapa diri? Apa guna hidup ini?
Yang kadangnya keruan tanpa punca yang disaksi,
Tak bersaksi,bukti hanya lihat aku,
Bersakit tak disangka hanya ingin jadi aku..
Ku renang, walau laut bergelora,
Rela dari mati dijalanan dan menyerah,
Dengan kitab suci, dan pencerahan isinya,
Masih kenal 30 walau sedang dalam leka,
Dalam lena, aku lakar masa depan,
Menjadi yang terbaik dan berharga dalam medan,
Pertempuran, peperangan walau tanpa Pengakhiran,
Cari jalan hidup aku pilih jalan hidup tenang..
Ini kias bukan bias,
Bukan lagu layu dalam lemas,
Cuma tergerak hati, mengatur rumi,
Dengan mata burung cuba lihat bumi(2x)
y-mein
Hari hari aku ditemani bella luna,
Hari hari aku cuba cari makna kata,
Mencari solusi diagnosis diri,
Kini bertemankan hanya panduan dari illahi,
Kucoretkan,
Kisah silam untuk landasan,
Ku buat perisai untuk hari mendatang,
Tidak semua madah mudah dihuraikan,
Kerna ramai mata mata suka main tikam belakang,
Selimutkan kalam yang maha Esa,
Ku paranoid yang bertopeng muka dua,
Depannya tidak bila belakang mula ia,
Sampai bila si dia dan si dia mahu jadi durjana?
Bukan hadir insan entiti mithali,
Cuba sangkal dakwa dakwi duniawi,
Malah tidak Rasul atau juga Nabi,
Kerna setiap hidup lain variasi
Ini kias bukan bias,
Bukan lagu layu dalam lemas,
Cuma tergerak hati, mengatur rumi,
Dengan mata burung cuba lihat bumi(2x)
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.