Bagaimana Cara Bersyukur?

Bagaimana Cara Bersyukur?
sumber: google

hari jumaat yang mulia ni, aku nak tulis tulis berkenaan bagaimana cara bersyukur. aku tak tahu bagaimana orang alim mengajar. tapi ini adalah bagaimana cara aku. dulu waku kecil, tak pasti dalam kadar umur yang berapa. aku ambil satu album yang emak aku nyorokkan bawah tilam. aku tak tahu kenapa album tu disorok (mungkin takut aku kecil hati). aku ambil dan baca sampai mukasurat terakhir.

Menangis 'Baca' Album

Bagaimana Cara Bersyukur?
sumber: google

aku tak tahu apa puncanya, tapi sedu sedan aku menangis. emak aku masuk bilik tanya 'kenapa nangis?'. aku sekadar geleng kepala. album tu adalah album kenangan tahun 1995/96 (waktu aku masih bayi). siapa yang pernah jumpa aku depan depan tahu lah. aku punya keadaan lelangit berlubang dan bibir terbelah kiri kanan yang mana dalam bahasa doktor nya disebut cleft lip and palate

sedih tengok album tu sebab tengok keadaan diri sendiri. nasib emak bapak tak pernah buang aku, walaupun ulang alik hospital untuk menjalani pembedahan melebihi dua kali (yang terakhir 2016/2015). huhu. 

Sampai aku sekolah, adalah zaman dimana ke 'gagal' - an untuk aku. kiri kanan depan belakang manusia yang namanya lelaki memang hanat. 24 nak ejek aku. kadang - kadang nangis, kadang - kadang hati kentang, kadang - kadang hati tisu, kadang - kadang kuat. aku tak pernah rasa keberadaban sekolah yang sempurna. selalu rasa tak nak pergi sekolah. kawan kelas pun bukan semuanya hati baik. jenis kalau nak jadi kawan kena sama tara (pandai atau cantik).

Bagaimana Cara Bersyukur?
sumber: google

tapi tuhan adil, dia datangkan sosok cikgu yang support apa aku buat dan kawan yang sudi dekat. jadi aku suka ke sekolah walaupun menghadapi 'gagal'. aku masuk U (uitm sekadar satu sem),  alhamdulillah tak ada yang ejek. aku positif yang dekat universiti semua orang ada pemikiran yang matang dan bukan lagi budak sekolah. 

lepastu sambung ke kolej komuniti. kelas kelas bengkel (lelaki) masih wujud yang hanat. sendiri gemok, sendiri ejek orang. aku rasa macam, WTF! dasar tak pernah sedar diri. hahahha. 

waktu waktu membesar ni (sekolah menengah sampai penghujung 20) aku selalu rasa down. aku selalu tanya tuhan, kenapa hidup aku tertakdir macam ni. aku banyak hilang manusia baru sebab keadaan aku yang kurang cukup. kadang kadang aku terfikir, dari rasa sepi baik mati. tak perlu menghadap dunia yang tak 'nampak' aku. 

aku selalu rasa aku ni halimunan. duduk berdua dengan kawan. tapi orang ketiga berbual dengan sosok kawan je, aku kat sebelah melongo takde orang berbual. kalau aku masuk perbualan diorang, orang ketiga sekadar 'oh yeke' kan aku je. lepastu sambung sembang dengan kawan. serius rasa tahap jatuh tu nak duduk dalam almari dan terbaring.

sampai aku fikir, hidup aku ni tak ada yang indah sebab keadaan diri aku tetap akan macam ni kurang. sebab dunia mengejar rupa harta dan kerjaya. sekalipun kau ada kerjaya tapi rupa tak ada, orang dekat dengan kau pun akan jadi sebagai 'tujuan'. bukan datang ikhlas hati pun. 

Bangun Balik Untuk Rasa Berjaya dan Tinggi

Bagaimana Cara Bersyukur?
sumber: google

tertakdir jalan aku, tuhan wujudkan orang orang hebat dalam hidup aku. siapa orang hebat? orang yang pernah kenal aku dan masih kekal ada untuk aku walau tahu keadaan aku yang kurang. terima kasih kalau anda baca dan anda tahu siapa diri anda untuk aku. 

kalau dulu orang bukan pandang aku sebelah mata, tapi tak pernah pandang dan nampak aku. sekarang, aku perlahan perlahan nak tunjuk aku dekat dunia. aku meng 'idola' kan orang orang 'gagal' dalam hidup seperti orang yang pernah terkena simbahan asid, terbakar 80%, kecelakaan itu, kecelakaan ini dan masih punya peluang hidup terus terus naik tangga untuk terus berjaya. aku cuba nak jadi macam diorang. walaupun diorang bukan lagi macam dulu, tapi diorang hidup macam orang biasa. aku pun boleh kan? 

jadi bagaimana cara aku belajar bersyukur? mensyukuri dengan keadaan aku yang jauh lebih baik dari orang lain yang lebih kurang dari aku. dan dengan itu aku akan selalu rasa tuhan sebenarnya bagi aku serba cukup, cuma aku yang buta dalam membuat penilaian sebab asyik fikir mulut mulut manusia. sekarang aku dah tak pertikaikan apa - apa. 

ni kira ujian dunia untuk aku. jadi, dikira aku lulus walaupun masa akan datang tak tahu apa jadi. aku masih sedang hidup menjalani kehidupan yang tuhan dah bentuk untuk aku. aku masih menjadi diri sendiri dan rasa selesa dengan keadaan aku yang macamni. aku masih belum rasa putus asa, untuk buka mata orang orang yang tak pernah buka mata untuk aku. 

Terima Kasih Tuhan

terima kasih untuk tuhan yang selalu meyakinkan aku bahawa ujian ini adalah ujian dimana aku boleh belajar cara menjadi kuat dan belajar makna hidup 'tak ada yang berjaya tanpa gagal'. terima kasih tuhan, meletakkan ujian ini dalam diri seorang aku untuk aku lebih kuat mental yang cepat rasa mahu mati. terima kasih tuhan untuk peluang hidup sehari - hari dengan bekal udara yang tak pernah putus untuk aku terus belajar. terima kasih juga tuhan, meletakkan orang orang hebat dalam susun atur hidup untuk buku takdir aku. terima kasih tuhan, memberi peluang merasa kurang untuk aku selalu mensyukuri nikmat yang selalu tak pernah rasa cukup. terima kasih tuhan, untuk kenangan kenangan pahit yang dikenang manis pada masa depan. terima kasih tuhan, untuk semuanya yang indah dalam diri aku.

Post a Comment

0 Comments