Dah Lama Tinggal Blog - Mieza S Mieza S: Dah Lama Tinggal Blog

Dah Lama Tinggal Blog

November 14, 2018
Dah Lama Tinggal Blog

hai korang. dah lama sangat rasanya aku tinggalkan tulisan peribadi dekat blog. dah tak ada content kali. kalau nak tulis kisah peribadi yanga ku lalu sepanjang hari - hari pun macam tak ada apa. semuanya yang kecewa je banyak. yang bahagianya belum lagi datang.

kalau aku sendiri yang nak simbah pelangi untuk perjalanan aku nanti, aku sendiri tak tahu nak simbah dekat mana. kau faham apa maksud aku? orang kata, kecewa bahagia kita, kita lah yang bina. jadi kalau aku nak bina bahagia aku sendiri pun, tak tahu bagaimana cara. 

niat aku main blog, untuk jadikan tempat aku berkongsi hal - hal peribadi yang tak sensitif. maksud aku hal hal kehidupan seharian. tapi itulah. hahaha. modalnya apa. 

aku harap, tuhan curah idea dalam fikiran aku. untuk aku kongsi dengan kalian. semoga tak mati aku dan blog ni. yang membaca ni, aku doakan korang sihat sejahtera dan dilindungi nya. assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.