ralat. itu perkataan paling sesuai untuk aku gambar apa kejadian yang menimpa diri sendiri. aku dah dua puluh tiga. tapi sebab aku penakut, fobia semua benda tertangguh. semua benda tak jalan. semua benda aku tak dapat buat.
aku ralat bila lesen kereta yang aku dapat cuma berhabuk dalam dompet macam tak pernah berlesen.
Gantung Lesen Kereta
aku ralat sebab aku ada lesen kereta. which is, aku dah boleh jalan jauh - jauh. tapi sepanjang dua puluh tiga tahun, ada banyak kenduri kawin kawan - kawan aku yang tak dapat aku hadir. sekalipun aku boleh naik public transport, aku akan melencong. sebab? kalau aku gagah pergi, aku akan sampai ke kenduri tu petang. mungkin petang pengantin pun dah tak ada, sibuk photoshoot. hmm
pernah tu, aku terharu sangat bila senior sekolah yang tak ada nombor telefon aku yang selalu like gambar aku dekat media sosial jemput aku. dia ingat nak jemput aku, maknanya dia masih ada 'ikatan' senior junior tu.
dari shah alam nak ke bangi. allah. taktahu la. dia punya jauh perjalanan macam gampang. aku kira total termasuk untuk menunggu, pukul 5 baru sampai. aku decide untuk cancel je. hmm.
kali ni jadi lagi bila mera kawin. dia kawan blogger. kenduri dia dekat johor. weyh sedih weyh tak dapat pergi. aku whatsapp dia, dia bluetick je. aku faham dia busy dan dia tak ambil pusing pun siapa nak datang ke tak. sebab dia dah pun jemput. tapi aku macam tak ada effort nak usaha datang sedangkan orang lain yang umur baya aku/ muda dari aku boleh buat benda tu.
tiba tiba aku jadi 'murung' sekejap. ini bukan kali kedua. dah banyak kali perangai aku macam ni. bodohlah.
sampai pernah terfikir 'kalau' ditakdir aku kawin nanti, aku tak nak jemput sesaiapa. sumpah taknak.
Tak Ada Jemputan Kawin
aku takut nak jemput orang sebab selalunya orang akan datang kenduri kita tu akan datang kalau kita pernah datang kenduri dia. aku pernah dengar orang cakap macam ni 'alah, haritu aku jemput dia pun tak datang. tak payah lah datang kenduri dia. lagipun jauh. buang masa je'. lebih kurang macam tu.
jadi aku dah boleh bayang berapa kerat je hadirin yang nak datang kenduri aku. dari bikin malu, tak payah jemput langsung. sebab takut and fobia.
nanti dah pandai bawak kereta mesti berbondong - bondong orang buat baik dengan aku kan. hahahahhahahhaha. tiba - tiba melekat. hmm entahlah. aku takut.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.