walau setinggi apapun awan
aku harap cintanya tidak akan pernah mati
memayungi manusia manusia kecewa
yang tenggelam dalam sengketa rasa.
mungkin kita masih mentah
dalam memenjarakan kumpulan perasaan
pada sebuah hati
masih terlalu muda
untuk kita anyam mimpi bersama
tak mustahil juga
jika kita mampu
membina sebuah rumah berdua
yang di dalamnya penuh cinta dan setia
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.