aku memeluk abjad - abjad
yang bergelimpangan
dilanggar kecewa yang menggila
darah melimpah penuh
di atas jalan raya yang
telah kaku
aku jeda
degup jantung
sudah kemalangan diluar landasan
sakitnya tak terucap
perlahan aku menyusun
semula nafas dan
memujuk abjad
agar jangan putus asa lagi
harapan sedang
dalam perjalanan
sabar sayang
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.