Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3
sumber : youtube
diam tak diam althea sudah pun memasuki angka 3. cepat kan masa berlalu? tak sedar pun. korang boleh baca entri - entri lama yang berkaitan althea di blog ini. #althea dah pun 'hidup' dalam blog aku sejak tiga tahun lepas dan kami berkolaborasi secara aman. cuma ada sekali tu, mungkin bukan rezeki aku. kotak merah jambu althea jatuh atas jalan dan dilenyek. sedih. aku cari balik dah tak jumpa. tak tahu memang rosak teruk atau diambil pejalan kaki. aku anggap itu adalah kecelakaan paling teruk sepanjang bersama althea.

Hadiah Buat Althea Angles

A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on

kotak merah jambu tahun ini agak istimewa sebab ia merupakan hadiah 'welcome gift' khas buat Althea Angles. aku merupakan salah seorang 'angles' yang telah dipilih. alhamdulillah setelah berapa lama aku request tak pernah dapat. semoga althea terus kekal ada bagi menyediakan produk serta jenama terbaik untuk mereka yang mahu terus kekal cantik dan sihat.

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

banyak kelebihan apabila tersenarai menjadi Althea Angles. Antaranya 
  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access

#AltheaTurns3

A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on

sedutan dari video unboxing. aku rasa mungkin ini kali pertama aku buat video unboxing. tak yakin dengan kualiti kamera cap ayam. yang ini aku boleh kata aku puas hati lah walaupun logo pemilik apps sentiasa mengikut pada setiap detik dan jam video dimainkan. huhu.

apa yang ada dalam kotak merah jambu althea? jom tengok. 
  • kad 'welcome gift' kerana dipilih sebagai althea angles *official*
  • kad diskaun 
  • diy buku mini althea 
  • cermin 'spread your wings'
  • beg mekap merah jambu
  • tote bag altheaturns3
  • real fresh skin detoxer 

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

setiap kali nak unboxing kotak merah jambu dari althea perasaan teruja tu tak pernah hilang. sebab selalu je ter 'surprise' dengan barang dalam kotak. kotak yang terbang dari korea ni memang jarang sekali mengecewakan.

haritu pergi kenduri bawa tote beg altheaturns3 ni. ouh so cool. sebab aku memang suka dengan tote beg. design simple, lawa, kemas. sesiapapun yang pakai tote beg pada pandangan aku ni adalah orang yang cool. sebab perempuan yang complicated suka pakai handbeg yang ada banyak zip. ahahahha. if know what i mean.

Real Fresh Skin Detoxer Set

althea telah memperkenalkan produk baru yang diberi nama real fresh skin detoxer set. korang boleh checkout us.althea.kr/skindetoxerset untuk membuat pembelian. real fresh skin detoxer ini diperbuat daripada bahan premium semulajadi. terdapat dua pilihan iaitu real fresh skin detoxer rose dan real fresh skin detoxer green tea.

Real Fresh Skin Detoxer Rose 

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

sesuai digunakan pada waktu pagi selama 10 saat untuk membantu mengimbangi semula pH kulit dan melindungi tekstur kulit sehingga ke petang. kelebihan yang terdapat pada pilihan produk ini ialah dapat melicinkan kulit dan memberi kelembapan pada wajah untuk memudahkan memakai mekap. 

Real Fresh Skin Detoxer Green Tea

Hadiah Buat Althea Angles dan #AltheaTurns3

sesuai dipakai pada waktu malam selama 10 saat sebelum tidur. berfungsi melegakan dan menyuburkan kulit yang sensitif. daun teh hijau ini juga membantu mengawal minyak dan membersih kotoran pada wajah. 

Cara pakai real fresh skin detoxer semudah abc. picit sedikit di atas telapak tangan. letak air sedikit dan gosok/urut pada wajah sehingga mengeluarkan buih. biar selama 10 saat dan cuci sehingga bersih. rasakan perbezaan sebelum dan selepas memakainya.
 
Info Althea
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
Website : https://us.althea.kr/

Post a Comment

3 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.