ingat lagi hadiah welcome gift #altheaturns3? dimana aku telah mendapat dua produk yang namanya adalah Real Fresh Skin Detoxer Green Tea dan Real Fresh Skin Detoxer Rose. ramai yang komen dekat instagram dan facebook aku, 'mana nak beli produk ni?' yang dah tahu tu diam - diam. yang belum tahu, korang boleh beli produk yang menarik di website althea. apa yang menarik dengan althea ni ialah servis penghantarannya yang pantas walaupun datang jauh dari korea.
?
tahukan anda. althea telah berkolaborasi dengan korea's top tv program: get it beauty! kolaborasi produk antara althea X get it beauty itulah yang dinamakan real fresh skin detoxer.
Cuci Wajah dengan 10 Saat Sahaja!
ada yang pernah guna produk real fresh skin detoxer? best kan. aku paling suka dengan rose. bau dia wangi. tapi selalu guna yang green tea. hahahha. sebab takut habis. :')))
cara nak pakai pun mudah. picit lebih kurang dua pam ke atas telapak tangan yang kering dan sapu pada seluruh wajah. biarkan selama lebih kurang 10 saat dan bilas! mudah kan? real fresh skin detoxer skin macam masker. kalau taknak pakai ala - ala masker, guna je air. tak dosa pun. huhu.
real skin detoxer sesuai untuk semua jenis kulit ya. usah khuatir. dikatakan yang rose ni sesuai di pakai pada waktu pagi kerana baunya yang harum. manakala pada waktu malam pula sesuai pakai yang green tea untuk lebih kesegaran.
produk didatangkan dalam bentuk cecair yang diisi didalam tiub yang memiliki penutup yang tidak mudah terbuka. terjamin dari tumpah keluar kan? cuma saiznya agak besar untuk dibawa travel.
ini merupakan produk pertama masker yang didatangkan didalam bentuk cecair yang pernah aku ada. sebelum ni lebih kepada masker yang kering dekat muka lepastu cabut. hahhaha.
Real Fresh Skin Detoxer Rose
variasi rose mengandungi kelopak mawar dan ekstrak mawar Grasse terpilih dari selatan perancis. membantu membaiki kulit dan mengurangi pori - pori untuk kulit yang lebih sihat dan sempurna.
Kelebihan Masker Variasi Rose
- pembersih dua dalam satu
- mengandungi kelopak asli
- kulit licin dan halus
- mengimbangi kadar pH (ketika dipakai waktu pagi)
- melembabkan kulit
Real Fresh Skin Detoxer Green Tea
variasi green tea mengandungi daun teh hijau muda dan ekstrak asli dari lereng bukit.
kelebihan
- meningkatkan proses semula jadi kulit untuk memastikan kulit benar benar bersih.
- mencegah hidrasi
sebelum |
selepas |
amacam? bersih tak? lipstik pertama warna merah tu jenis matte, yang kedua creamy dan yang ketiga matte (rm10 yang memang susah nak hilang). tapi dengan real fresh skin detoxer semuanya menjadi mudah.
mana nak beli produk althea? aku ulang sekali lagi. produk althea boleh dibeli di laman web althea atau nak mudah dan diskaun boleh klik Fresh Skin Detoxer Set.
Info Althea Korea
Official Website : http://my.althea.krFacebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.