Lirik Lagu Generasi Genius Benzooloo

Lirik Lagu Generasi Genius Benzooloo

semua orang ada hero kegemaran
hero aku?
manis macam cokelat, lebih cun dari Kinder Bueno
dalam bahasa Latin purba, akulah 'numero uno'
tapi kalau memang cokelat boleh panggil aku Hershey's
sebab sejak aku muncul ramai kena diabetes

ingin jadi rapper dari kecil, berangan - angan dengan kawan
mama cakap buat saja pergi cari pengalaman
bapa suruh belajar saxophone, aku belajar seks dari phone
simpan buku - buku playboy dalam kotak styrofoam

jadi the the next day aku tanya sama papa
"Pa? bolehkah aku jadi seorang rapper huh?"
bapa kata
"Eh! mana boleh, kena layan lagu jazz
jangan berani tukar genre."

jadi aku merajuk hampir 5 hari
fobia dengan teguran yang diberikan secara verbally
dan normally aku lemah dari segi psikologi
tapi sekarang dewasa, mampu berfikir sendiri

chorus
bagi pen dengan kertas, bagi pen dengan kertas
cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas

bagi pen dengan kertas, bagi pen dengan kertas
cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

bapa selalu cakap, "kau istimewa,
kau ada sesuatu yang kereka tiada,
jadi jangan hilang itu, kau anak saya,
pasti suatu hari nanti kau dapat piala."

dan aku mula faham apa kata bapa
di setiap perenggan, di setiap suku kata
jadi generasi genius, itu yang dia mahu
kalau ada bakat, buat apa mahu malu?

jadilah pemangsa, jangan sekali jadi mangsa
pastikan kau buas kalau jadi raksaksa
bila sampai 1 tahap kau jadi juara
tengok reaksi mereka kembang bulu roma

tidak pernah goyang lari dari hari baru
pari - pari datang mari masuk dalam paru - paru
harap dapat tidur lena, selesa atas bantal
kalau diri ini degil, biar nakal berakal

chorus
bagi pen dengan kertas, bagi pen dengan kertas
cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas

bagi pen dengan kertas, bagi pen dengan kertas
cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

alangkah baiknya kalau macam budak lain
ada bapa disisi, ketawa sambil bermain
tapi aku lain macam, sudah anak yatim
tiada bantuan kewangan, kemana pergi BRIM?

aku tengok balik filem bapa duduk atas tikar
dengan baju putihnya, ambil feel main gitar
air mata mula jatuh, aku lari bersembunyi
masuk bilik kunci pintu, menangis tiada bunyi

okay, bagi aku rokok tidak kisah rokok apa
sedut karbon oksida hembus ke atmosfera
tiada pen dengan kertas, bole bagi aku pensil
Benzooloo karyawan stenografi atas stensil

biarpun ada tonsil, masih cuba terus rapping
hidangkan lagu dalam Youtube kalau kamu sanggup buffering
#LawaLahFamilia, kontrak sampai mati
rapper 5 bintang, kami buat transformasi

chorus
bagi pen dengan kertas, bagi pen dengan kertas
cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas

bagi pen dengan kertas, bagi pen dengan kertas
cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Post a Comment

0 Comments