Layan Muzik Indie

Layan Muzik Indie

Layan Muzik Indie

Semenjak - menjak aku join event puisi, aku banyak tahu mengenai band - band indie yang akan turun padang buat persembahan lebih - lebih lagi di sekitar lembah klang dan kuala lumpur. Ramai yang menyangka band indie dah terkubur. Tak tak. Diorang masih wujud cuma tak terbuka. Rakyat Malaysia masih belum nak terima muzik macam diorang. Mungkin akan berulang sejarah seperti zaman rockers dulu. Kena banned masuk tv dan sebagainya. Bila dah bertahun - tahun baru diorang boleh masuk tv, dan turut serta dalam anugerah - anugerah muzik. Kan?

Aku mula layan muzik indie masa zaman myspace. Masa tu aku tak tahu apa itu indie. Aku sekadar dengar muzik diorang dan layan. Antara band yang tengah femes masa tu adalah Sugar love Cookies, ACAB, Boneca, Melda Ahmad, The Lipstik, The Times dan banyaaaak lagi. Tapi itulah antara band yang mula - mula aku dengar. Kira kalau dengar satu, akan terjebak untuk ambil tahu semua. Mungkin masa tu jiwa pun masih muda kan. Budak sekolah jiwa memberontak. 

Layan Muzik Indie

Masa tu nak kata aku memberontak, tak jugak. Lepas aku habis sekolah aku jumpa kawan yang namanya Khaty. Dia menjerumuskan aku dalam daerah puisi. Dari situ aku berani - berani lepak event. Sorang pun jadi kalau tak de siapa sangat nak teman. Aku turun gig. Masuk rumah api. Aku rasa best gile. Tak tahu lah apa yang best. Sebab bagi aku muzik indie ni bukan setakat muzik. Diorang ni adalah sebuah kehidupan yang kita tak berani nak perjuangkan. Maksud aku perjuangan ialah, kalau kita minat sesuatu mesti akan ada yang cuba - cuba menolak apa yang kita suka. Lepastu kita pun down teruk. Langsung tak nak perjuangkan benda yang kita suka semata - mata fikirkan orang sekeliling. Lagi satu, diorang ni jujur. Bagi aku, elok kau layan gig dari k-pop punya konsert. Sebab semua nya oh omg omg je. Lepastu semua acah comel. Hahahaha. Aduhh tak boleh ah nak explain benda ni. 

Lepastu aku banyak perhatikan perangai diorang. Jenis yang bukan stereotaip punya orang. Kalau aku pergi event diorang aku tak rasa aku janggal atau terkulat - kulat. Sebab diorang tak pandang aku. Maksud aku tak pandang tu ialah, kalau kita pergi event artis ke, event yang jenis high class, kalau tak kena dengan majlis mesti orang pandang kau atas bawah kan? Macam tu lah maksud aku. Walaupun tak ada geng dekat event, tapi aku rasa aku selesa nak lepak lama. 

Layan Muzik Indie

Aku tak rasa benda ni time sekolah. Patutnya aku menikmati indie ni dari zaman sekolah sebab masa tu lah diorang tengah nak meningkat naik. Dan masa ni aku pun bukan jenis layan muzik sangat. Masa sekolah aku ialah zaman tulis lirik lagu jiwang. Aku tengah giler tulis lirik dan berlumba - lumba dengan roomate. Cis. Akhirnya bila aku habis sekolah, aku pergi bakar buku tu. Sedangkan aku boleh je simpan buat kenangan. Alah bodohnya. Dah lah tu buku tiga tahun punya lagu. Hahaha.

Berbalik semula kepada muzik indie. Jadi selepas habis sekolah, aku banyak buat 'research' zaman kegemilangan indie dulu. Aku mula jatuh cinta dekat buku dan puisi. Puisi ni ada jiwa. Kalau dulu aku stress aku menangis. Sekarang aku stress aku banyak luahkan jadi puisi. Sampai lah aku keluarkan zine aku sendiri. Cewah. Zine tu adalah hasil tulisan puisi dari tahun 2013. Aku kumpul - kumpul jadi satu naskah. Alhamdulillah. Impian aku tercapai weyh. 

Sekarang ni, aku mula nak kekalkan benda tu. Orang pandang sebagai benda lapuk, tapi aku pandang benda ni benda yang tak akan terpadam atau hilang dek zaman. Maybe next entri aku akan tunjukkan zine aku. Insyaallah. 

Post a Comment

1 Comments

  1. eee tak sabar nak baca koleksi zine awak =D dari 2013 tu ! fuuh

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.