Kena Tinggal

Kena Tinggal

Kena Tinggal

Selalunya kalau bab tinggal tinggalkan orang ni, aku lah yang selalu kena. Tapi, kalini aku pulak buat orang. Tak, aku bukan jahat. Aku cuma tak sengaja. Serius tak sengaja. Maaf, blog dah macam diari. Hahahaha. takkan nak buat iklan je kan. 

Seseorang rasa macam nak belanja aku tengok wayang. Barangkali nak membalas budi. So, decide nak jumpa hari Ahad. Waktu decide tu contact hari Khamis ke Rabu macam tu. So lepas da decide memang kitorang senyap tak de nak contact bagai. Ahad pukul 2, 3 pagi macam tu baru dia call aku. Nak dapatkan pengesahan tentang esok. 

Ahad pun datang.

Dia macam biasa lah. Selalu lambat. Dia yang selalu lambat atau aku yang terlalu cepat. Masih tak dapat dipastikan. Tengok wayang macam biasa. Entah kenapa ya haritu, dia asik nak cerita pasal perasaan. Dem betul. 

Oh sebelum tu. Bulan 7 kalau tak silap. Itu bulan terakhir aku jumpa dia. And lepastu dia pun berangkat balik kampung memandangkan cuti sem. Sebelum dia cuti sem, ada dia ajak jumpa. Sebab nak cuti lama katanya. Sebab aku bengang dengan dia, aku malas nak jumpa. Sampai lah beberapa bulan lepastu baru aku tergerak hati nak jumpa. Sepanjang tak jumpa tu, mesej pun memang nak taknak. Seminggu pun boleh kira dengan jari berapa banyak kitorang buat conversation. 

Okay, sambung.

Tengok wayang macam biasa. Habis tengok wayang tu kitorang habiskan masa dengan duduk dan bercerita macam - macam. Tentang perasaan aku dekat dia tu dah lama. Jawapan dia selalunya akan berbunyi tak nak bagi harapan. Jadinya, aku berfikir secara logik dan buat segala bagai sebab kenapa dan mengapa dia tak nak aku. 

Ternyata ada banyak sebab. Hahhaaa. So, aku lupakan tentang perasaan aku dengan dia. Yela, bagai langit dan bumi orang kata. Dan benda tu nak setahun jugak. Aku pun tidak la sekali kali nak ada kan balik perasaan dengan orang yang tak nak aku. Kan?
Aku tak tahu apa masalah dia, nak cerita pasal perasaan. Dia cakap lagi sekali benda yang dia selalu cakap dalam telefon. Lepastu dia kata dia takut nanti kalau bercinta kita jadi lain. Takut nanti kalau jadi pape, terus tak nak kawan lagi. 

Lepastu dia cakap, dia nak cuba lah bercinta. Lepastu paling geram dia tanya pasal si bodoh yang aku pernah cerita dalam entri sebelum ni. Aku terus macam. Ah fak gila. Takde mood. Nak - nak pulak dia asyik buat 'kelakar' ulang - ulang sampai aku rasa, serius tak kelakar and aku rasa 'kelakar' yang dua cuba buat tu satu penghinaan.

Aku bangun untuk kali kedua, dia panggil nama aku. Aku terus meluru jalan. Dan dia langusng tak ikut aku nak pergi mana. At least dia tau kan mana aku nak menyorok. Sebab aku bukan berlari. Bukan nak buat drama la. Tap, aku tiba - tiba rasa macam perasaan aku sedang berkecamuk. Aku g tandas dan air mata aku jatuh laju. Mata merah.

Setengah jam jugak. Aku ingat dia ada dekat depan kedai tu cari aku or what. Tapi tak. selepas setengah jam tu, baru dia call aku. Nampak macam dia tak peduli langsung. 

Geram aku.

Aku text dia. Aku cakap nak balik. Dia tanya aku, aku kat mana. Aku cakap aku dah balik. Last mesej dia , dia cakap aku berlagak. Sebab buat bodoh je masa dia panggil. Tak. Lagipun dia yang asik main - main. Aku boleh terima gurauan orang. Tapi bila dah ulang banyak kali, aku rasa benda tu dah ta jadi kelakar and menyakitkan hati. Lagi satu, mata dah merah. Memang tak la nak hadap orang yang aku tengah geram kan. 

Sebelum aku turun, aku tengok dia dekat tempat aku tinggalkan dia. Dia pun dah takde. Aku tinggalkan dia. Dia tinggalkan aku. 

Kena tinggal.

Post a Comment

0 Comments