Takut dengan Ego

Takut dengan Ego

Takut dengan Ego

Ini bukan pasal ego (perasaan). Ni pasal motor ego. Hehehe. Sorry ya. Dah lama aku nak update entri ni. Tapi asyik tertangguh je. Geram betul rasa. Mungkin sebab aku tak yakin dan terlalu takutkan pandangan negatif orang lain yang membaca entri ini agaknya. Aku dapat lesen motor masa umur 16 tahun lagi. Jadi aku pergi sekolah memang naik motor. Masa mula - mula tu aku pakai motor kriss. 

Punya takut nak bawak motor atas jalan raya. Kena fokus tengok kiri kanan depan belakang. Takut je nanti terlepas pandang sekali langgar orang depan. Bila lama - lama tu dah terbiasa, jadi takdehal walaupun kena redah kesesakkan jalan raya. Bukan tu je. Selain dari perasaan takut yang aku cakap tadi, aku jugak takutkan pasal keadaan fizikal aku. Aku dok fikir, macammana nak break tangan ni. Kuat ke tangan aku ni. Sampai ke. Takut tak kemas je aku tarik break, lepastu jadi benda yang yang tak diingini. 

Lepastu aku dapat pulak motor ego hasil dari pujuk atuk aku. Hehehheee. Atuk aku murah hati nak bayarkan muka motor. Motor ego tu pun ayah aku yang pilih. Aku on je. Asal ada motor dah lah. Pertama kali nak bawak ego tu, alahai ~ Takut sangat. Kalau kriss tu, adalah break kaki. Aku jarang guna break tangan. Now, bila dengan ego nak taknak kena jugaklah guna break tangan kan? Kiri kanan pulak tu. Pisangggg. 

Kekok gila. Yela jari aku tak sama macam orang lain kan. Kadar genggam aku tak kemas macam orang biasa. Itulah kekurangan aku yang tak dapat dinafikan. Peratusan takut tu memang melebihi orang biasa. 

Setahun lepas tu aku diterima belajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. Aku memang tak pernah lagi bawak motor keluar dari Shah Alam. Kalau ada pun, KL. Itupun laluan biasa yang ayah aku bawak sejak umur 13 tahun (HKL). Jadi berani lah sikit-sikit. 

Bayangkan.
Hari pertama aku mendaftar masuk ke KK, aku datang dengan motor. Bukan laluan biasa aku guna dan memang tak pernah langsung! Aku pun tak pernah terfikir aku akan ke sana sendiri (mak ayah aku naik kereta). Cadang nak follow belakang. Dalam masa yang sama aku bukak maps, walaupun dekat rumah dah siap bincang nak lalu mana. Aku ni memang yang susah nak ingat jalan. Bayangkan, sambil bawak motor, aku pegang handphone?

Benda ni  berlarutan sehingga beberapa bulan. Walaupun aku dah ingat samar - samar, aku tetap guna maps. Takut aku sesat. Nanti kena pusing jauh. Aku memang malas (teringat masa salah jalan dekat Bukit Jalil. Jauh gila nak buat u-turn gara - gara  ada pembinaan). Bila dah betul - betul ingat baru lah tak pakai maps. 

Kadang orang tanya, aku datang dengan apa (pergi event) ? Bila aku jawab, aku naik motor dorang tak caya. Sebab event kadang area KL. Officemate dengan bekas majikan aku pun sama. Dia kata aku berani sangat. Dia sendiri pun kalau nak pergi mana - mana ayah hantar, ayah ambil. Untunglah~

Hahahhaa. Ayah aku siap suruh aku buat kerja itu ini (masa ayah aku kerja dan takde sapa nak tolong). Pergi sana sini sampai KL jugaklah. Hantar dokumen la, barang lah. Naik motor dan pegang handphone sepanjang jalan. Hmm. Aku pun tak tahu macammana aku boleh pegang phone masa tengah bawak motor -_- Padahal nak jaga break, pegang  phone pun tak kemas. Sekali langgar bonggol mahu terjatuh phone tu weyh. Susah jugak sebenarnya bila kekuatan fizikal kita yang asas tak sempurna. 

Post a Comment

0 Comments