Rambang Mata Shopping di Shopee

Rambang Mata Shopping di Shopee

Rambang Mata Shopping di Shopee

Pernah dengar Shopee? Kalau pernah maknanya korang ni kaki shopping. Kalau tak pernah? Korang bukan kaki shopping lah. Tu pun susah ke. Hahahhaa. Shopee ialah sebuah platform membeli belah dalam talian yang seiring dengan zalora, lazada dan sebagainya. Mudahnya semenjak wujud platform membeli belah secara atas talian, semua orang tak lagi berpusu - pusu membeli - belah di pasaraya. Pun begitu, pasaraya masih releven untuk mereka yang suka membeli - belah dengan melihat fizikal objek/barang yang mahu dibeli. 

Macam aku, shopee ni dah boleh diumpakan bagai isi dengan kuku pulak. Manjang je aku terjah masuk sebab nak memenuhi keperluan dan kehendak seorang manusia bernama aku. Selalunya barangan yang menjadi pilihan ialah make-up. Ah make-up lagi. Entahlah. aku ketagih weyh. Benci shopee -_- Hahaha.


Shopee Lancar Kempen Terbesar iaitu Cahaya Raya

Rambang Mata Shopping di Shopee

Pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian. 

Wow. Seronoknya membeli - belah dengan shopee. Tak perlu gusar dan susah hati lagi menunggu abam posmen menghantar barang ke rumah. Lepas ni dah boleh shopping dengan shopee dengan menggunakan kaedah cash-on-delivery. Nak raya dah kan? Dah buat senarai barang yang perlu dibeli? Belum??? Adududu. Buat sekarang untuk nikmati potongan harga sebanyak 90% hanya untuk 25, 000 jenis produk dari lebih 10 kategori produk selama 45 hari tanpa henti!

Bermula dari 15-Mei-2017 sehingga 30-Jun-2017. Apa tunggu lagi. Jangan dah lepas, baru nak kata 'ah menyesal nya tak shopping dulu'. Memang aku starlight je atas dahi kau, baru tahu. tapi - tapi. Makanan pun ada jual jugak dalam shopee. Kuih raya pun ada kau. Jangan tak tahu. Kalut - kalut nak puasa dah ni. Kuih raya jangan lupa sediakan sekali. Kang makan balang je tetamu kau dengan air sirap. 

Eksited Tunggu Barang Sampai Rumah

Rambang Mata Shopping di Shopee

Rambang Mata Shopping di Shopee
Tadaaaa. Inilah barang yang aku shopping di shopee. 
Aku masih lagi menunggu 5 barang dari shopee. Wooooo. Shopping sakan kau. Baik kau cepat! Mungkin aku akan buat entri lain untuk jeleskan korang dengan barang - barang yang aku shopping. Hahahaha.


Cara Mudah Shopping di Shopee

Rambang Mata Shopping di Shopee

Disini aku kongsikan cara mudah untuk shopping di shopee. Sangat mudah. Kalau korang dah terbiasa shopping online, mesti kau dah tahu cara mudah ni. Jadi, aku tunjukkan pada yang kurang tahu. Oh lagi satu, disebabkan caranya sangat mudah, kita selalu ber-sambil lewa dalam membeli belah secara atas talian. Mana tidaknya, tengok tu cantik, laju je tangan klik 'add to cart' atau 'buy now'. Sampai tak sedar, senarai dekat 'shopping cart' tu dah -- tersangat banyak. Okay bye. Kalah dengan kehendak nafsu. Hahahha.

Hmm. Kejayaan aku semalam yang aku nak kongsikan dengan korang ialah. Tadaaaaa --
Sepupu aku pun dah terjebak dengan shopee, lepas aku bagitahu dia, aku beli barang murah dekat situ. Kau baca jelah conversation ni. Dia shopping lagi banyak dari aku nampaknya. Screenshoot tu pun sebenarnya tak habis. Gambar yang dia tunjuk tu sebenarnya ada lagi. Tapi dia xtunjuk dekat aku, sebab tak muat nak screenshoot semua. Malas katanya. 

Padan muka kau kak. Hahhahaa. Akhirnya kau pun ikut jejak langkah aku. Siap cakap lagi, dia dah macam nak beli beg. Sebab beg tu lawa. Tapi, dah overspend. So, mampu simpan dalam 'cart' je. 

Rambang Mata Shopping di Shopee

Siapa lah agaknya yang akan terjebat lepas ni. Memang bawak virus betul. Hahahaha. Jom shopping sekarang apa tunggu lagi tu. 

Jom membeli - belah di http://cahayaraya.shopee.com.my/ untuk keriangan berganda bersama seluruh ahli keluarga. Untuk memudahkan korang terus ber-shopping dan gunakan masa 45 hari dengan sebaik mungkin, muat turun aplikasi shopee di Google Apps Store dan App Store. Sambil makan boleh shopping, berak shopping, mimpi shopping, tidur pon shopping, segalanya shopping bersama shopee atau korang akan terlepas peluang untuk keriangan berganda bersama keluarga ketika hari raya nanti. Bluerk! 

Untuk info lanjut berkaitan shopee boleh klik pautan di bawah :
website: http://shopee.com.my/
facebook: https://www.facebook.com/ShopeeMY 
instagram: https://www.instagram.com/shopee_my/

Post a Comment

12 Comments

  1. Woww kabinet buku tu murahnya...cantik dah kukuh nampak di pasang...akak nak beli utk letak kt opis suami...dia banyak fail kena susun...sesuai sgt dgn harganya

    ReplyDelete
  2. Wah, sebesar rak buku pun boleh beli dekat shopee erkh.

    ReplyDelete
  3. Kekadang macam hantu jugak shopping nih heee... Macam readers kami, visitors mereka shopping dari blog mereka sahaja.. sebab ada cart & checkout orders di blog.. jika berkesempatan check it out widget utk blogger di blog kami yew ;)

    ReplyDelete
  4. Fuhhh 5 barang dah beli, akak baru satu. Tapi dalam troli banyak dah, tunggu gaji je. Hehehee!

    ReplyDelete
  5. menariknya apa yg kecik beli...murah pulak tu.....

    ReplyDelete
  6. Seronok plak tgk rak buku tu. Akak tak habis godek lg ni..

    ReplyDelete
  7. nak try join contest..kot ada rezeki Raya

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.