Musyil Dengan Bau Lipstik
Sebenarnya kan. Dah lama aku nak cakap. Cuma tak tahu aku nak guna ayat macammana. Takut kena gelak. Hahaha. Kalau aku yang gelak tak apa. Kau tak boleh XD . Sekarang ni aku ada banyak koleksi lipstik dari macam - macam jenama. So, salah satunya adalah Kylie. Memang ni first time tau jadi. Aku beli sekotak. Dalamnya ada 5 batang. Satu macam dah rosak (kering) mungkin sebab lama sangat aku bukak kena angin kot. Lagi satu tu warna Candy K.
Siapa yang pakai Kylie ni mesti tahu bau lipstik ni memang wangi. Kan? Aku pun suka sangat bau dia. Aku tak tahu kenapa entah lipstik yang warna Candy K ni ada bau macam pelik sikit. Mula - mula beli okay je tau. Bila dah lama - lama dia jadi pelik sikit. Pernah bau milo basi? Ha macam tu lah bau dia. Bila kita keluarkan lipstik (batang dia) tu baru bau. Kalau bau dekat botol takde sangat bau macam tu.
Lepastu bila pakai dekat bibir pun, okay je. Tak de pun bau atau rasa pelik atau kesan - kesan pelik. Kenapa eh jadi macam tu? Korang pernah tak jadi macam aku ni? Lipstik ni tak sampai 5 bulan pun lagi.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.