Ke Bumikan
Selalu dengar kan perkataan 'kebumi' untuk orang yang dah meninggal. Aku baru sedar dan perasan apa tujuan perkataan kebumikan mayat itu disebut sebagai 'kebumi'. Jadi, kita terbiasa dengan perkataan tu. Sampai aku tak perasan ada maksud yang tersirat dan tersurat.
Aku mula sedar bila dalam tandas tadi. Entah kenapa perkataan tu yang aku duk ulang - ulang sebut. Sampai perkataan tu jadi sangat pelik. Jadi aku cuba lah sebut satu satu. Kebumikan kepada ke-bumi-kan. Jadi aku terbayang bentuk bumi yang terdiri daripada hidupan, tanah, matahari, dan semua lah kejadian Tuhan yang tak terperi. Mengingatkan aku pada tanah yang dikambus saat manusia mati. Tanah tu kan termasuk sebagai kejadian Tuhan atas muka bumi.
Aku tak tahu lah nak explain macam mana. -_- sebab apa yang otak aku cakap aku tak boleh nak terjemahkan.
Manusia pula kejadiannya daripada tanah.
Terfikir juga aku. Apa yang dari tanah nya? Kan dari air mani. Rupanya istilah 'kejadian manusia daripada tanah' tu adalah kerana
Menurut pendapat Prof. Zaghlul, perkembangan tubuh manusia juga dipengaruhi oleh unsur-unsur bumi. Janin, yang ada di perut ibu, makan dan tumbuh dari darah ibunya. Sementara itu, darah sang ibu berasal dari makanan yang ditumbuhkan oleh tanah dan air bumi. Setelah lahir, bayi makan dari air susu ibu atau susu formula, yang kedua-duanya juga berasal dari unsur-unsur bumi. Setelah disapih, anak makan dari buah-buahan dan daging yang juga berasal dari unsur-unsur tanah. Disinilah letak hikmah kenapa Allah menciptakan tumbuhan lebih dahulu daripada hewan, dan menciptakan hewan lebih dahulu daripada manusia. Penciptaan manusia dimulai dari tanah dan berakhir di tanah, untuk kemudian dibangkitkan kembali pada hari kiamat.
Adapun keterangan pada ayat 12 surah Al-A’rãf merupakan pesan tersirat Al-Qur’an bahwa unsur-unsur dalam tubuh manusia sebenarnya sama dengan unsur tanah karena manusia diciptakan dari tanah, sebagaimana penggalan ayat ini, “sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
-http://buktiilmiahalquran.blogspot.my/2014/04/mengapa-manusia-diciptakan-dari-tanah.html
Sekarang baru aku faham kenapa kita guna perkataan kebumikan. Sebab manusia yang mati akan kembali semula kepada keadaan yang diciptakan. Kan manusia dari tanah. Jadi kepada tanah la dia kembali. Tak, tu cuma fahaman aku dengan perkataan 'kebumikan'
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.