Siapa Tengah Free Sekarang?
Hai. Korang tengah buat apa tu? Sarapan makan apa tadi? Aku baru makan hotdog dua batang. Lepasni nak makan nasi goreng pula. Well. Aku memang kuat makan. Bertabah jela siapa yang kena bela aku. Hehehe. Harini bangun awal. Dapat lah buat dua tiga kerja dekat rumah. Handphone pun cas. Nasib baik.
Kalau tak, macam kena gari je aku dengan telefon tu. Tak nak lepas langsung. Macam belangkas ko. Aku tahu kau pun sama. Tapi sebab kau kena kerja, jadi phone tu kau letak tepi. Kan kan? Hahaha. Aku tak kerja. Tu lah aku dengan telefon dah macam pasangan kekasih dua sejoli bagai pinang dibelah - belah. Kbye.
Banyak pulak peribahasa nak guna.
Kejap lagi aku nak pergi event. Macam dah lama sangat je rasanya tak turun event. Bukan sebab sibuk. Tapi sebab tak dijumput. Sob Sob. Blogger sendu ko. Takpela, rezeki tuhan bagi. Insyaallah cukup. Walaupun niatnya nak jadikan blog sebagai platform mencari rezeki utama dan ramai orang terdekat menentang. Contohnya mereka yang punya kerjaya tetap. Dia lebih tahu.
Disebabkan kejap lagi aku nak keluar. Siapa tengah free sekarang? Tinggalkan link mana - mana entri yang kau nak aku baca. Nanti malam aku baca dan tinggalkan komen :) Nanti boleh lah aku blogwalking entri - entri lain jugak. Sebab malam ni aku rasa aku tak buat apa pun. Boleh la habiskan masa beberapa minit sebelum tidur. Terima kasih.
2 Comments
''Tapi sebab kau kena kerja, jadi phone tu kau letak tepi. Kan kan? Hahaha. ''
ReplyDeletearrghhhh ! HAHAHA mcm tau je
Assalamuualaikum Mieza!
ReplyDeleteAkak first time singgah sini. Kita pernah jumpa masa event masak-masak dengan Maggie. Maybe Mieza tak ingat..takper. Nanti singgah blog akak yer.. take care dik!
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.