Beli 2 Batang Pembaris Untuk Sesi Persekolahan Baru

Beli 2 Batang Pembaris Untuk Sesi Persekolahan Baru

Beli 2 Batang Pembaris Untuk Sesi Persekolahan Baru

Kau tahu tak? Sekarang ni ramai emak emak dan bapak bapak sibuk menyiapkan peralatan sekolah dan kelengkapan sekolah. Aku pun sibuk tau. Hahahhahaa. Yela, aku yang kena bawak adik aku p beli barang sekolah dia. Ala, beli dekat MyOneShop Shah Alam je. Yang cashier dia ala - ala cantik sombong kau memang da boom tu. Kan. Kelas kau. Poyo je. Padahal kerja je pun. Sombong macam lawa kalah retis. Kalau retis menyombong lagi ramai nak kecam. Seb bek kau orang hado - hado je. Kahkah. 


Aku ternampak adik aku beli pembaris sampai dua batang. Berikut perbualan ringkas aku dengan adik aku. 

Aku : Asal kau beli sampai dua pembaris ni? Satu dah la. 
Adik : Ala, nanti hilang la. Kawan pinjam.
Aku : Kawan kau pinjam, bagi hilang. Kau yang kena beli untuk diorang? Kelas sangat.
Adik : $#%

Aku terasa membazir pulak. Yela, aku dekat sekolah pun bagi je pinjam pembaris dekat kengkawan yang memang tak de pembaris. Dan kalau pembaris aku hilang pun tak de lah suruh ganti. Aku akan beli baru. Tapi, takde lah sampai kawan aku buat hilang. Ni mesti kes pinjam barang orang tak reti nak pulangkan. Kawan pulak senyap je tak mintak. 

Mesti adik aku jenis bukan malas nak mintak. Tapi lupa barang dia ada dekat orang sebab dia tak pernah peduli pun pasal benda tu. Kan. 

Uish. Kalau aku. Jangan harap barang aku dapat jadi hak milik orang lain. Sayang woo. Walaupun pembaris 20sen. Sebab aku ni penyayang tau. Semua benda jadi sentimental untuk aku. Walaupun nampak remeh pada pandnagan mata orang lain. 

Jenis sekolah rendah mungkin takde niat nak culik barang kita. Ni jenis yang dah sekolah menengah ni masalah. Pinjam barang orang lepastu buat tak tahu. Lepastu simpan dalam pensel box sendiri. Lepastu buat - buat lupa. Memang marah orang macam ni. Hahahhaa. Sebab ramai yang bila dah sekolah menengah malas nak bawak barang. Kerja meminjam je tak sudah. Lagi - lagi lelaki. Betul ke lelaki macam ni? Sebab kalau perempuan, dalam pensel box memang penuh dan complete semua barang hado. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahaha.. samalah tak suka tau org pinjam tak pulang balik.. bebudak lelakilah selalunya..

    ReplyDelete
  2. Masa zaman sekolah suka beli alat tulis yang rare. Lepas tu tak sampai petang dah lesap.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.