Tarikan di KL Tower Mini Zoo
Kalau kau rasa Sabtu dan Ahad hanya diisi dengan perkara sia - sia seperti bermimpi di langit tinggi, tidur sepanjang hari, makan tak henti elok rasanya kau cuba tukar plan dengan membuat perkara berfaedah. Contohnya bermanja - manja dengan haiwan - haiwan jinak di KL Tower Mini Zoo. Apa? Kau tak pernah tahu ada zoo berdekat KL Tower? Hmm. Sekarang kau kena percaya. Sebab KL Tower Mini Zoo memang ada. Jom jom. Jangan bazirkan cuti dengan perkara tak berfaedah.
Tarikan di KL Tower Mini Zoo
Tempoh hari aku dan #Kbba9 bersantai dan melakukan aktiviti berfaedah di KL Tower Mini Zoo. Aku terlambat sampai. Bukan salah aku tau. Serius memang bukan salah aku. tapi salah KTM. Well, korang pun tahu kan betapa KTM sekarang memang selalu dicemuh masyarakat lebih - lebih lagi setelah tambang naik, kemudian minyak naik, kemudian lagi barang naik, kemudian lagi, darah rakyat Malaysia pulak yang akan naik.
Okay lupakan pasal KTM. Sekarang kita fokus dekat KL Tower Mini Zoo je k?
Masa aku sampai dekat kaunter tiket, ada dua ekor burung jadi penyambut tetamu. Aku kan penakut. Punya lah sedaya upaya aku duk jauh dengan burung ni. Takut kang dia gigit. Masa aku datang dekat kaunter, dua ekor burung ni tengah berkelahi. Nak je aku marah. Patutnya tetamu datang sambut lah elok - elok. Ni bergaduh pulak. Tak manis tau tetamu tengok. Mesti dorang gaduh pasal aku. Cewah. Lepastu orang dekat kaunter tu yang aman kan diorang. Kalau tak, sampai esok lah dorang gaduh tak nak berhenti. Ketegaq sekor - sekor. Nasib bulu lawa.
Lepastu jalan depan sikit ada banyak burung - burung beterbangan. Dan bermula lah pengembaraan aku di KL Tower Mini Zoo. Hutan mini di tengah bandar KL.
Mak Ton bersama Milky - warna putih dan ... (lupa pulak) warna coklat |
Falabella Horse |
Kambing ni berlagak la. Aku nak ambil gambar dia, dia taknak pandang aku pulak. Haishhh. Falabella Horse okay je pandang aku. Yela, kambing tu comel paling hensem. Taknak masuk dalam kamera phone aku kan? Okay fine. Hahaha
Capybara |
Alligator Snapping Turtle |
Raccon |
Di hujung pengembaraan nanti ada satu kedai cendermata. Dekat situ, kalau nak shopping cendermata bolehlah singgah. Ada macam - macam yang dijual. Hmm, tapi kesian dekat aku. Tak dapat nak bermanja - manja dengan diorang. Sebab aku takut. Takut kena gigit. Haiwan dekat KL Tower Mini Zoo ni semua manja gile.
Makan tengahari Kbba9 bersama Dominos Pizza
Terima kasih Dominos Pizza. Sampai pejam - pejam mata menikmati makanan tengahari yang digemari ramai.
Info KL Tower Mini Zoo
Waktu Operasi:Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
Harga Tiket:
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
Alamat :
Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook : KLTowerMiniZooMalaysia
Instagram : KLTowerMiniZoo
5 Comments
Syoknya jalan2 dengan kawan2 blogger. Terbaik ah
ReplyDeleteSinggah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
theathra.blogspot.my
wah..bestnya kecikkk..
ReplyDeletesyok sangat..walaupunmini tapi bila dpat pegang binatang best
ReplyDeletemmg seronok bwk anak² dtg mini zoo ni.. byk boleh mereka pelajari tentang haiwan!
ReplyDeletewahhh nak repeat lagi... nanti
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.