NIVEA Skin Delight Melembutkan Tekstur Kulit

NIVEA Skin Delight Melembutkan Tekstur Kulit

NIVEA Skin Delight Melembutkan Tekstur Kulit

Sebagai seorang wanita yang bergerak aktif ke sana ke mari macam aku ni, memang penting untuk penjagaan kulit. Aku sedaya upaya taknak kulit aku rosak terjejas akibat merekah, kusam dan hitam! Benci - benci. Sebab tu pentingnya wanita untuk menjaga penampilan. Kata orang putih :

 I believe that first impressions are very important. F. W. de Klerk
Bayangkan, bila kau kena jumpa orang untuk pertama kali. Dia nampak kau comot? Apa kau rasa dia fikir tentang kau? Atau apa kau fikir bila kau nampak orang yang baru kau kenal comot? Mesti kau akan rasa dia tak pandai jaga penampilan dan tak bersih. Lawa atau tak bukan lah penting. Yang penting pandai jaga penampilan untuk tampak bersih. Bersih macam mana? Bersih lah dari segala 'kotoran'. Kotoran yang aku maksudkan macam kita jatuh lepas tu luka. Takkan lah nak biar luka tu kotor dengan pasir habuk lepastu biar je darah keluar? Mestilah bersihkan lepastu sapu ubat. Bila dah nak baik sapu lagi ubat sampai kering, lepastu cuba - cuba untuk hilangkan parut. Sekarang ni macam - macam produk ada. Murah ada mahal ada bergantung kepada bajet kewangan yang kita ada. 

Sama lah macam kita orang wanita ni. Kadang - kadang sibuk dekat rumah, pejabat, nak jaga anak, jaga suami, jaga emak ayah sampai lupa hak diri sendiri. Lupa nak manjakan diri. Kan? Sebab terlalu fikirkan orang lain. Tak boleh macam tu. 

“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan – ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,” En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura  

NIVEA Skin Delight Melembutkan Tekstur Kulit

NIVEA Skin Delight Melembutkan Tekstur Kulit

Produk Nivea sangat sesuai untuk wanita - wanita yang mementingkan tekstur kulit bagi mengelakkan ia terus kering dan kusam. Kandungan bahan susu yang terdapat di dalam NIVEA Skin Delight diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Selain itu, asid laktik yang terdapat dalam susu yang terdapat dalam kandungan NIVEA Skin Delight menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit kelihatan lembut dan berseri-seri.  Yeayyyy! Hanya dengan NIVEA Skin Delight kulit kusam sudah tidak ada lagi. 

Jenis Wangian NIVEA Skin Delight

NIVEA Skin Delight didatangkan dengan dua jenis wangian berbeza. Kedua - duanya mempunyai wangian yang memukau hidung aku. Hehehe. Tapi antara keduanya aku lebih suka NIVEA Skin Delight Relaxing Lavender. Sebab mendatangkan rasa tenang dan sangan tenang. Lagi satu namanya adalah NIVEA Skin Delight Glowing Rose yang memberikan kulit wangian feminine. Bau yang lebih terarah kepada bauan yang lembut. 

Bauan dan wangian ni penting untuk meransang minda tau. Macammana tahu? Yela, kalau kau bahu benda busuk mesti akan ada satu perasaan tak selesa dan terganggu. Sebab tu kita kena bau benda wangi je. Barulah dapat berfikir dengan tenang.


NIVEA Skin Delight Melembutkan Tekstur Kulit

Harga NIVEA Skin Delight 

NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA, korang boleh lah layari laman sesawang mereka. Pautan telah disediakan. Selamat memanjakan diri korang dengan NIVEA Skin Delight.

Facebook : Nivea Malaysia
Instagram : Nivea Malaysia
Laman Web : Nivea Malaysia




Post a Comment

0 Comments