Lirik Lagu Jelang Wings
Sudah tidak aku gentar
Hidupku menumpang kasih
Aku pun telah lakukan
Segala… sebaiknya
(*)
Masih aku temu lagi
Seluruh jiwa yang murni
Aku tahu masih ada
Bicara seikhlasnya
Panjang perjalanan banyak aku
Melihat erti hidup yang lalu
Kau yang jadi teman
Mengiringi segalanya
Hendak aku bawakan
Walau manapun aku
Tidak aku tinggalkan
Walau sekelip mata
Dunia banyak diubah dan diubah
Hingga kita berada ditapak ini
Namun ingatilah kemungkinan nanti
Hidup kita berserah
Usaha dan usaha
Tidak hanya mengharap
Ia datang sendri
Hey…
Telah aku kenal lagi
Setiap minit yang akan
Jelang… jelang…
Bicara kita kali ini
Bukan baki perjuangan
Bila nasib kandung badan
Kita… rasa…
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.