Bila Mintak Lain, Yang Dapat Lain

Bila Mintak Lain, Yang Dapat Lain

Bila Mintak Lain, Yang Dapat Lain

Dah lama sangat rasanya aku tak ada kerja. Tapi aku yakin, selama - lama aku ada lagi orang lain yang lagi lama duduk rumah tak dapat kerja. Mungkin bukan rezeki aku kot. Lambakan kerja kosong yang diletakkan dalam facebook dan laman web online kerja kosong pun mungkin dah bosan tengok balik - balik resume aku je yang di hantar. Pada hemat aku, mungkin dah lebih 50 resume aku hantar. Kebarangkalian yang memanggil untuk interview 1:30. Gitu lah rasanya. 

Aku nak cerita pengalaman aku pergi interview. Ni semua pengalaman sepanjang bulan tiga selepas aku habis intern sampai bulan September 1 haribulan. 

Pengalaman Pertama Mintak Kerja :

Jawatan yang aku mintak masa tu nak jadi crew event. Ke apa tah. Tapi berkaitan event lah. Kerja ni aku cari dekat Jobstreet ke Skootjob. Lebih kurang macam tu. Orang tu call aku. Hari aku kena interview, memang aku pergi. Siap bangun awal lagi. Jauh tau. Tulis alamat dekat Sekyen 7, Shah Alam. Tapi alamat penuh sebenarnya dekat Klang. Eh bengang pulak aku. Masalahnya iklan tu dah lama sangat. Aku yakin ramai yang mintak kerja dekat tempat tu. Setiap laman web kerja kosong online, mesti ada je nama syarikat tu. Aku pun ada juga buat research nama company. Dan ia tersenarai sebagai kerja yang dihitamkan oleh mereka - mereka yang pernah datang nak mintak kerja dekat situ. Bangunan nya macam bangunan lama. Lepastu dia punya tempat kerja memang tak diterima akal betul. Sudahnya aku balik. Takut - takut aku kena kerja berkaitan 'saham' pulak macam aku baca kisah orang lain. Bawak resume beriya. Sekali kena kerja entah apa - apa. 

Pengalaman Kedua Mintak Kerja : 

Iklan yang ni aku jumpa dalam facebook. Masa emel hantar resume aku mintak kerja sebagai admin executive sales. Aku faham aku kena buat sales. Tapi aku tak faham kenapa aku kena turun padang cari pelanggan? Memang aku akan kaya bila seorang pelanggan beharga RM100. Sedangkan masa aku emel tu aku ada tanya skop kerja. Dia pun ada terangkan yang aku perlu cari sales secara online. So duduk dalam office jela. Masa interview pun sama, bos ada cakap yang kerja aku duduk depan laptop. Siap cakap kerja ni sesuai dengan aku sebab aku ni memang dari zaman sekolah sampai masuk kolej belajar pasal komputer je. TAPI, bos cakap 4jam dalam ofis 4jam lagi turun padang. 

Ha okay lah. Aku tolak ansur. Esok nya terus masuk kerja (selalunya kerja yang pantas terus masuk ni bukan kerja yang kita harapkan contohnya tiba- tiba kena main saham pulak. Deng --). Aku masuk kerja pukul 10 pagi. Orang ofis bagi aku 2 keping kertas. Dia suruh aku baca dan fahamkan. Kalau tak faham sila tanya. Aku dah pun hafal dan siap tanya semua soalan yang aku rasa pelanggan akan tanya. 11.00 pagi tu diorang suruh aku pergi booth cari pelanggan. WTF! Aku dah tak ada pengalaman. Lepastu gaji aku dua bulan based on pelanggan. Dah lah tempat yang aku jaga tu dah ramai sangat pakai unifi (sebelum ni ada orang yang jaga booth kat situ dan dah dapat banyak pelanggan) . Pelanggan dekat pasaraya tu pulak memang muka sama je. Memang tak dan la nak dapat gaji kan? 

Sehari je aku keje. Sebab aku yakin aku tak minat kerja macam tu dan susah nak cari pelanggan. Aku akan kerja sia - sia dekat situ  Oh lupa nak cakap. Masa aku interview tu, ada sorang lagi budak lelaki. Bos ada cerita pasal dia. Macam power jugak. Siap ada diploma pakej dengan pengalaman kerja. Tiba - tiba kena buat sales. Aku tahu dia tak minat. Dia bukan amik bahagian business pun. Lainlah belajar business lepastu kerja sales ni. Walaupun cikai. Sebab nak dapat pengalaman baru kan? Masa aku datang kerja tu, dia tak ada. Kalau aku tahu dia tal datang aku akan buat benda sama jugak. 

Yela, masa sembang lain. tiba - tiba kena buat lain. Geram!

Pengalaman Ketiga Mintak Kerja : 

Macam aku cakap, aku dah hantar resume lebih dari 50. Semua kerja yang aku mintak adalah kerja yang berkaitan event, dan kerani (yang office hour je). Aku tak kan mintak kerja bukan - bukan macam cashier. Pagi tadi ada orang call aku. Dari ******* Holding. Aku tahu tu nama pasaraya. Aku ingat aku kerja bahagian ofis. Aku nak ke sana adalah dalam setengah jam. AKu tak kisah sangat yang tu. Aku kisahkan sebab aku datang dari jauh mintak kerja kerani. Masa interview tu, aku nampak resume aku dia conteng tulis cashier. Aduh. Nak menangis rasa. Aku datang dari jauh mintak kerja yang aku nak. Kalau setakat cashier, sebelah rumah aku pun ada. Dah lama dah aku mintak. Ha marah ni marah.


Bila Mintak Lain, Yang Dapat Lain

Sebab tu bila cari kerja dalam media sosial ni kena hati - hati. Takut scammer. Macam cerita dalam facebook tu. Ada orang call dia sebab nak jadikan dia tutor private. Sekali handphone kena ambik. Hmm. Nak menangis pun dah tak boleh. Salah sendiri. Lebih kurang kes aku la. Cuma kes aku tak berat sangat. Aku boleh je menolak untuk datang interview tapi fikirkan dah lama sangat tak kerja, gagah jugak pergi. Mana tahu kerja tu aku dapat dan kerja yang aku suka. Mudah - mudahan aku dapat kerja yang sesuai dengan aku. Aminn ~ 

Post a Comment

0 Comments