Review Train To Busan : THE PATRIOTS
REVIEW TRAIN TO BUSAN: FILEM ZOMBIE TERBAIK TAHUN 2016
Sebenarnya aku dah layan cerita ni beberapa hari lepas bersama dengan beberapa orang sahabatku. Tapi atas desakan daripada sahabat yang memang nak sangat tengok filem ini, tetapi menantikan dulu review aku ke atas Train To Busan, maka aku pun nukilkan artikel ini untuk tatapan kalian. Jadi, aku nak mula dari mana ya?
Cara aku menonton filem biasanya aku cuba mencari bagaimana sebuah filem cuba menyampaikan mesej-mesej kepada minda bawah sedar manusia. Aku memandang sebuah seni sebagai bermutu apabila mempunyai tugas untuk mendidik manusia dan mempunyai mesej-mesej yang kuat untuk tatapan manusia. Dan kali ini, filem Korea ini benar-benar mendidik masyarakat di luar sana.
Cerita bermula dengan seorang fund manager yang akhirnya, terpaksa melupakan kerja-kerjanya demi memenuhi permintaan satu-satunya anak perempuannya untuk menemaninya sepanjang perjalanan ke Busan di dalam sebuah gerabak kereta api. Selainw atak fund manager dan anak perempuannya, ada pasukan baseboll sekolah menengah Korea, serta pasangan suami isteri yang di mana si isterinya mengandung. Aku tidak berminat untuk mengulas filem ini kalau sekadar merumuskan sahaja jalan ceritanya. Itu bukan namanya review. Itu bercerita semula...
Cerita ini bermula dengan cliche filem zombie-zombie yang lainnya. Permulaan wabak zombie berlaku dalam masa sekadar sehari sahaja, tanpa wabaknya diketahui dan dikesan oleh kebanyakan agensi kerajaan yang berdekatan. Ianya hanya menjadi kecoh apabila wabak ini tidak terkawal. Ketika itu, seluruh Korea baru menyedari bahawa setiap antara mereka menjadi gila. Padahal ikut realiti, ianya memerlukan rentetan hari-hari yang menyumbang kepada wabak epidemik ini.
Berdasarkan hari terjadinya wabak ini, seharusnya seluruh Korea mengetahui sudah apa yang terjadi. Kuarantin sudah digerakkan dan seluruh aset ketenteraan dna polis sudah berjaga dan mengetahui apa yang berlaku. Cliche filem zombie biasa ialah seolah-olah, perubahan masyarakat tidak diketahui dan dikesan sehinggalah pada saat dimana hampir ribuan malahan jutaan rakyat menjadi zombie barulah semua dalam keadaan panic yang semuanya sudah terlambat.
Tetapi disebalik cliche yang dijumpai dalam kebanyakan filem zombie, apa yang menariknya, ini filem zombie pertama, yang kalian tidak akan dapat melihat aksi menggunakan senjata api untuk menghancurkan kepala zombie. Lagak aksi memecahkan tempurung kepala zombie hampir tidak wujud. Saya suka dengan gambaran seperti ini kerana filem zombie yang lain, apabila wabak zombie tersebar, maka watak-watak filem tersebut, yang sebelum ini bukanlah seorang fighter, atau mempunyai latar belakang kepolisian dan ketenteraan menjadi sangat kuat dan badass, malah ketepatan tembakan mereka mengalahkan pemenang pingat emas olimpik!
Pacing filem ini sangatlah sesuai dan sempurna. Apa yang penting dalam filem thriller yang bersulamkan horror ini, kalian harus berdepan dengan pacing yang dibina secara berperingkat tetapi sesuai untuk membina rasa thrill dan suspen. Oleh kerana pacenya sangat sempurna, thrill yang dicipta mampu membuatkan pawagam tempat saya tonton, saling tak tumpah seperti Tamil Nadu di mana kita dapat melihat bagaimana penonton bersorak dan memberi semangat kepada hero-hero dalam filem ini. Selain daripada aksi thrill yang hebat, filem ini tidak ketinggalan menyelitkan unsur komedi sebelum kita akan dipaksa menangis meleleh air mata pada penghujungnya.
Sudah tentu, mesej filem ini sangatlah kuat. Sebuah sindiran kepada kapitalis-kapitalis dan keluarga chaebol yang menguasai Korea Selatan, tentang bagaimana kepentingan mereka telah memakan negara Korea. Watak seorang ahli perniagaan, COO sebuah syarikat yang menjadi antagonis utama dijadikan simbolik kepada kerakusan para kapitalis. Watak utama yang juga merupakan seorang lelaki yang memperelakan dirinya menjadi anjing kapitalis dengan menjadi seorang fund manager yang pada awalnya digambarkan sebagai lelaki yang lebih memetingkan diri dan sanggup menindas golongan bawahan demi mengangkat golongan atasan di Korea Selatan.
Lalu kemudian, kita dapat melihat bagaimana lelaki ini yang pada awalnya hanya mementingkan anak perempuannya, sehingga sanggup mengorbankan survivalist yang lain di dalam gerabak kereta api demi memastikan anaknya selamat. Namun, insiden yang terjadi di salah satu stesen yang melibatkan di mana akhirnya suami kepada wanita yang dia mahu korbankan demi kepentingan dirinya akhirnya menyelamatkan anaknya sendiri. Watak seorang yang rela diperalatkan oleh kapitalis ini akhirnya "bertaubat". Lagi-lagi selepas mendapat tahu bahawa syarikat tempatnya bekerja ialah dalang disebalik tragedi itu.
Berbeza dengan lelaki tadi, COO yang menjadi antagonis filem ini bukan sahaja mementingkan dirinya, tetapi telah menjadi penghasut kepada para penumpang kereta api yang lain untuk memilih jalan hitam sepertinya untuk menentang hero dan kumpulannya yang masih memilih nilai kemanusian disebalik kejatuhan tamadun manusia. Sepertinya, ciri-ciri COO itu ialah ciri kebiasaan para kapitalis koruptor yang lagi korup diluar sana.
Aku kira ini ialah sebuah pertembungan dua manusia yang dari longkang najis yang sama, tetapi tidak semestinya akan berakhir menjadi najis juga. Sebelum salah seorang daripada mereka bertaubat pada pertengahan hidup mereka, manakala seorang lagi yang merupakan kapitalis tegar korup yang memang selalu menindas orang kebanyakan, telah menjadi pengkhianat yang menyebabkan banyak nyawa survivalist yang lain melayang.
Ini ialah sebuah filem yang sangat kuat moral dan mesejnya. Sindiran untuk golongan kapitalis dan chaebol Korea yang menguasai negara itu bagi aku disampaikan dengan berkesan, tetapi sangatlah halus. Dan aku suka perlambangan yang sangat kuat dalam ini. Chaebol-chaebol yang menguasai Korea telah menjadikan rakyatnya tak ubah seperti zombie-zombie.
Contohnya ialah industri pembedahan plastik di Korea. Ketika para kapitalis menghasut nilai kecantikan yang palsu kepada rakyat Korea sehingga mereka mendapat untung, rakyat akhirnya saling tak tumpah seperti zombie yang matlamat utama dalam hidup mereka, mengubah ketentuan tuhan dan tidak mampu bersyukur dengan anugerah tuhan. Hari ini, Korea Selatan dipenuhi oleh zombie-zombie plastik yang dibentuk sendiri oleh para kapitalis mereka melalui pelbagai cara.
Rating? 4/5 bintang!
*Pandangan ini ialah pandangan peribadi dan amatur penulis.
-HE-
Aku pun baru je tengok cerita ni. Memang terbaik. Habis kerusi depan aku tolak - tolak. Aku tak tahu macammana cara nak buat review movie ni. Sebab perlukan banyak pemerhatian yang mendalam. Salah komen habis aku. Jadi aku sertakan review dari pandangan peribadi seorang yang aku kira lebih amatur tentang pemerhatian dan pembacaan secara keseluruhannya. Jangan tak tengok pulak. Menyesal weyh. Memang best gila. Tak menyesal.
3 Comments
saya dah tengok.. memang suspend cerita ni.. tak senang duduk
ReplyDeletextgk lg ni.
ReplyDeleteWuhuuu aku belum tengok sebab tak boleh bergerak dengan tongkat T,T....
ReplyDeleteBtw pemenang segmen dah ader :)
http://mekzumbie.blogspot.my/2016/09/10-pemenang-segmen-hang-komen-hang.html
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.