Dah Lama Tak Makan Loacker
Sebenarnya dah lama tak makan loacker. Sedap weyh. Hehehe. Jangan fikir dan berimaginasi tentang loacker baju tau! Sebab loacker ni memang ada magik. Kalau dah makan sekali, mesti nak lagi. Tapi masa makan tak boleh makan laju - laju nanti tak dapat nak rasa nikmat dia. Jadi kena makan perlahan - perlahan.
Tadaaaa ........
Gambar yang atas ni loacker yang aku makan. Loacker ni ada banyak perisa. Tapi dalam banyak - banyak perisa ada beberapa perisa yang aku agak tak wujud di Bumi Malaysia. Menurut pandangan aku, hanya ada empat sahaja perisa yang ada di kedai berdekatan aku. Selainnya memang tak pernah jumpa. Contoh macam dalam gambar bawah sekali. Dia lebih kurang macam Music Wafer juga. Tapi, aku lebih berkenan yang ini. Cuma harga nya agak mahal. Sepeket kecil sudah cecah RM2 lebih. Kalau makan sekali - sekala boleh la. :)
2 Comments
oo wafer loacker ingatt almari -.-'
ReplyDeletesama laaaa sukaaaaaa...kekdang tak jumpa beli la wafer music tu je huhuuu
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.