Sinosis Drama Waris Kasih

Sinosis Drama Waris Kasih


Sinosis Drama Waris Kasih

JUDUL : WARIS KASIH 
EPISOD : 20 episod 
SIARAN : Slot Azalea TV3 
SKRIP: Nazli Jaafar 
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki 
TERBITAN : Temenggong Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Farisha Irwayu, Johan As'ari, Zamarul Hisyam, Tasha Aziz, Zain Hamid, Nisha Dirr, Rashdan Baba, Tengku Putri Najuwa, Hanafi Rahman, Bella Dowanna, Sunshine Aileen, Alia Farhani, Habiel Lutfillah, Sarah Dowanna, Haryanto Hassan, Haryanto Hassan, Nurul Fateha 
LAGU TEMA / OST WARIS KASIH 
Tajuk : Hati Dimiliki 
Penyanyi : Dewi Liana Seriestha 
Komposer : Sharon Paul 
Lirik : Fatin/Cheli

Sinosis Drama Waris Kasih

Mengisahkan tentang pengorbanan lima orang adik beradik yang terpaksa hidup berdikari selepas kematian ibu bapa. Zaleha, Zurina, Zuriati, Zairul dan Zamani. Zaleha mengambil tanggungjawab untuk mendidik adik-adiknya, memyelesaikan masalah dan berkerja keras untuk menanggung persekolahan adik-adiknya sehingga masing-masing berjaya. Kamarul rakan Zaleha menyimpan perasaan cinta terhadapnya, namun kecewa setelah Zaleha menerima lamaran Sahak iaitu bapak saudara Kamarul. Lantas membawa diri ke luar Negara untuk melupakan Zaleha. Pada hari pernikahan Antara Zaleha dan Sahak, Sahak ditangkap atas tuduhan memiliki dadah, dan perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan. Selepas 20 tahun Kamarul pulang semula ke kampung halaman dan bertemu kembali dengan Zaleha. Cinta Antara mereka kembali berpaut. Kamarul berusaha keras untuk memenangi kembali hati Zaleha. Adakah Kamarul berjaya mendapat kembali cinta dari Zaleha? Dan apakah terjadi dalam kehidupan mereka?

20 tahun yang lalu, Zaleha/Long yang masih berusia 18 tahun tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya iaitu Zurina (15 tahun), Zuriati (12 tahun), Zairul (10 tahun) dan Zamani (5 tahun). Zurina seorang pelajar yang cemerlang manakala Zuriati seorang yang pendiam dan sering memendam perasaan. Zairul pula seorang yang nakal dan degil. Selepas ayah mereka meninggal dunia, Zaleha menolong ibunya Wan Puteh menoreh getah dan menjual nasi lemak untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Long dan Kamarul berkawan baik. Walaupun masing-masing menyimpan perasaan cinta tetapi tidak diluahkan. Sahak sering mendesak Wan Puteh menjual tapak rumah itu bagi melangsaikan hutang arwah suaminya. Malahan, Sahak yang cemburu melihat anak saudaranya, Kamarul berkawan baik dengan Zaleha telah meminta Wan Puteh mengahwinkan Zaleha kepadanya. Zaleha bernasib baik kerana Pak Chu, adik kepada arwah ayah tampil untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut.

Namun, hari-hari yang senang tidak lama apabila Wan Puteh meninggal dunia akibat patukan ular. Bermulalah kehidupan Zaleha membesarkan adik-adiknya sendirian setelah berhenti sekolah. Zaleha dan adik beradik kini menumpang kasih dengan Pak Chu dan Mak Chu. Zuriati yang pendiam, menjadi semakin pendiam kerana terlalu rindukan Wan Puteh. Zairul pula semakin nakal, selalu bergaduh, mencuri dan suka memberontak. Zaleha kecewa dan tertekan tetapi dia tidak putus asa. Kamarul berjanji kepada Zaleha bahawa dia akan bekerja keras dan akan mengahwini Zaleha.

Zaleha terkejut apabila Sahak menghantar rombongan meminang ke rumah Pak Chu. Adik-adiknya mendesak Zaleha menerima sahaja Sahak, kerana mereka rasa Sahak mampu membawa mereka keluar dari jalan kemiskinan, terutama Zairul. Zairul berkeras mahu Zaleha berkahwin dengan Sahak kerana bosan hidup dalam kesusahan. Zaleha buntu.

Akhirnya, Zaleha rela melakukan pengorbanan demi masa depan adik-adiknya. Apakah akan terjadi dengan Zaleha selepas 20 tahun? Adakah Zaleha akan bahagia selepas adik-adiknya berjaya dalam hidup?

Tonton Drama Waris Kasih

Post a Comment

0 Comments