Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

 Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Rasanya ini mungkin kali pertama mendekati krew production untuk rakaman di 'belakang takbir'. Melihat bagaimana krew production buat kerja. Susah juga kan? Kena jaga lighting, sound semua lah. Kalau tak jadi kena ulang sampai jadi, sampai perfect. Sabtu lalu, aku dan beberapa rakan dari #KBBA9 turut sama melalui pengalaman berada dalam dewan di IDCC Shah Alam ketika rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. Seramai 60 orang artis baru dan lama bergabung meletup dalam acara rakaman #GemaTakbirRaya kali ini. Antara yang datang pada hari itu adalah Waris, Saleem Iklim, Aris Ariwatan, Fee Haiqal, Ameng, Firman, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Fadzlee Sufri, Qody, Azmir Arif  dan ramai lagi.

Perasaan aku waktu tu? Hahaha. Nak mengalir air mata sebab eksited. Selama aku dibesarkan oleh emak dan ayah, lagu - lagu diorang yang menjadi dendangan hawa telinga aku. Sampai lah aku dah besar panjang ni. Konon - konon macam satu perasaan yang memang tak dapat nak ungkap. Sebak ada gak. Terfikir macam, dah berusia diorang. Yela, dari kecik aku layan lagu diorang. Tapi, gagah diorang datang nak menjayakan rakaman #GemaTakbirRaya ni. Tabik pada otai - otai lama dan juga artis baru.

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd 


Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Kalau nak tahu, #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd ini akan disiarkan dikaca televisyen pada Hari Raya AidilAdha di TV Al Hijrah. Jangan lupa saksikan ya. Mesti tertanya - tanya kenapa dan mengapa digabungkan artis baru dan lama ni? Ya, kalau nak tahu. tujuannya adalah untuk memartabatkan artis Malaysia dengan melibatkan diri dalam program keagamaan dan kebudayaan. Selain itu, program macam ni juga dapat mengubah persepsi negatif masyarakat yang menganggap artis tidak berperanan dan tidak menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Tak semestinya jadi artis hanya untuk memberi memberi hiburan kepada peminat semata - mata. Program macam ni memang sangat bagus bagi aku. Banyak nilai - nilai murni yang dapat ditonjolkan. Artis juga sebenarnya berperanan untuk membawa masyarakat ke jalan yang benar.

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Kita selalu complaint bila tengok drama - drama atau apa sahaja rancangan di televisyen dengan memberi komen  - komen negatif. Padahal kita tak tahu, bagaimana susahnya orang - orang yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan rancangan tersebut. Perancangan yang sangat teliti memang diperlukan dalam memberikan hasil yang berkualiti. Pengalaman baru, apabila aku dapat tengok sendiri apa yang terjadi dan berlaku ketika rakaman sedang dijalankan. 

Memerlukan semangat kerjasama yang tinggi dalam kumpulan kerja. Tak sabar rasanya nak tengok hasil dari rakaman #GemaTakbirRaya tempoh hari. Lagipun bukan mudah tau nak bagi arahan pada enam puluh orang. Ada macam bagai ragam manusia dekat dunia ni. Tahniah pada Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd sebab berjaya membuat program macam ni dengan kerjasama seramai 60 orang dalam kalangan artis. Tahniah Tahniah.

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam
Bergambar kenangan bersama KBBA9 dan Kak Noraniza Idris
Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam
Selamat Hari Lahir Kak Noraniza ^_^

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

Mengapa IDCC Shah Alam Jadi Pilihan?

Bila lalu highway nak ke Tasik Shah Alam mesti akan nampak bangunan IDCC Shah Alam ni. Tapi tak pernah sekali pun aku ke sana. Bangunannya yang sangat besar. Terdapat 7 tingkat dan pelbagai fasiliti di dalam bangunan tersebut. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat persidangan, pameran, majlis perkahwinan, majlis korporat dan banyak lagi. Paling best, tak payah nak kalut pasal tempat letak kereta. Sebab ada ruang yang besar untuk memuatkan sebanyak 2200 buah kereta dalam satu - satu masa.  

Terdapat 11 Hall Dewan Bonque yang terletak ditingkat atas bangunan dengan ruangan yang sangat besar. Kalau nak tahu, Dewan Bonque ini pernah dicatatkan dalam "Malaysian Book Of Records" pada tahun 2015 sebagai dewan banquet terbesar di Shah Alam. Dan sekali lagi mendapat pengiktirafan dalam "Malaysian Book Of Records" menerusi persembahan 'singa' terbanyak dalam satu masa. Wow! 

Dewan Banquet ini mampu menampung seramai 8000 hingga 10000 orang dalam satu masa. Boleh bayangkan tak besar Dewan Bonque ni? Jadi, kalau rasa nak buat majlis kahwin, boleh buat dekat IDCC Shah Alam ni. Memang sangat puas hati! 

Rakaman #GemaTakbirRaya oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd di IDCC Shah Alam

IDCC Shah Alam

Laman web :  www.idcc.com.my
Emel : enquiry@idcc.com.my
Hubungi : +603 50313333.





Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.