Episod 6 : Ah, Keliru Lagi (BoyKL)

Episod 6 : Ah, Keliru Lagi

Episod 6 : Ah, Keliru Lagi


kata teman-teman, lelaki tak putus-putus hadir dalam hidupku. maybe sikapku yg peramah bisa membuatkan ramai senang dengan karakterku. idham.

rendah tapi manis orangnya. perkenalan tidak sengaja semasa celebrate birthday inka @ buka puasa kat chilli's minggu lepas memberi peluang untuk aku mengenalinya.

idham ternyata sabar denganku. berkali-kali dia cuba menghubungi dan mengajakku keluar. sabar idham tidak sia-sia. date pertama kami di cafe rahsia, jalan ampang. tiada apa yg menarik. sekadar berbual dan bertukar-tukar cerita. sebagaimana juga faris, aku juga tidak menemui sebarang bentuk chemistry yang wujud antara kami. entah kenapa, jiwaku seakan kosong bila berdampingan dengannya. bukan niatku untuk menghampakan idham, jauh sekali untuk mempermainkan hatinya. aku pasti, idham jujur mahu berkawan denganku. cuma... ah. hmm...

jumaat.

aku menghadiri kelas sebagaimana biasa. bagai di duga, beberapa teman rapatku kecoh bertanyakan perihal semalam. ema mendahului. memang kawanku sorang nie paling becok. aina di sebelah turut sama menumpang. masing-masing ingin tahu.

"yo, yoo... sabar kawan! kasi si K nie relax dulu k. member baru je sampai. kot yer pun...". mujur ada zafir membantu. ema mula membuat muka muncung.

"alah, fir. ko nie sibuk jer la. aku cuma excited jer tengok si K nie happy. tak sangka, dalam diam-diam rupanya... patut la muka berseri-seri semacam je lately. dah ada buah hati baru nampaknya!". ema menjeling zafir.

"a'ah la, K. cakap la. bagitau la kitorang. tak baik tau main sorok-sorok. sapa that guy yg jemput u semalam tuh? handsome-lah!".

"hai, cik aina... handsome yer...", sengih zafir.

"alah, hakikat.... tapi awak pun handsome gak." ujar aina manja seraya memegang bahu zafir.

"hah, tau takper...".

aku mula rimas. nasib baik kawan-kawan.

"eh, mana si boy? lom masuk lagi...". memasing geleng. ish, si boy nie pun satu hal. sibuk sangat ngan shooting sana, shooting sini. orang tengah laku la katakan. besok-besok aku jugak yang dicarinya nanti.

"K, pinjam notes...". huh!

tapi takder boy boring gak. dialah satu-satunya member plu ku kat kolej. yg lelain tue ok gak tapi semua straight. ada la gak benda yg bleh share, and sometimes ada gak yg kena tapis. esp bab 'nikah-kawin', takkan aku nak discuss ngan bebudak nie. sket2 bleh la terima tapi aku lebih selesa kalau share ngan boy. even dia muda dr aku, tapi boy matured. dia pandai nasihat org. sometimes dia pun bleh jadi protective gak. cam malam kat frangi dulu. apa-apa hal mmg aku akan rujuk dia. erm.

"K, sms!". aku mengerling phone.

idham!

tepat jam enam petang. aku tiba di perkarangan klcc.

"inka, di mana?".

"K ya! kat chilli's dah. wait u ere!".

aku bergerak ke lif. penuh. ah, awal lagi. jalan better. erm.

"hey, K! gosh, tak sangka jumpa u kat sini!". sorang lelaki menegurku. cam familiar. aku menggaru-garukan kepala. siapa lak nih?

"kenalkan, my frend, idham."

" hai...".

"where are u going? sorang je ke?". aku angguk. blur.

"eh, ok la. kami pun dah lambat nie. see ya next time! tataa...". uh?

aku ke yg pelupa atau mamat tadi silap org. erm. aku cuba mengingat-ngingat. kosong. ah, abaikan. kenalan lama barangkali. aku kembali mengatur langkah. sesekali mengerling jam. setengah jam ke waktu buka. plan ke topshop kubatalkan. pas buka bleh masuk, aku berkira-kira.

"lambat!". ngomel inka. dia mula memperkenalkan beberapa org rakannya. tiba-tiba... eh...

"K! tak sangka jumpa lagi. tak tau pulak u pun join kitorang kat sini." si mamat yg aku lupa nama dia tadi ngan si err... idham... pun ada. aku tersenyum lucu. very coincident.

bagiku, berbuka kali nie lah yg paling meriah. tak sangka plak si inka, teman rapatku semasa di mrsm menjemput ramai kawan untuk celebrate birthdaynya. inka nie above standard. so takat jemput lapan-sembilan orang makan kat chilli's tue kira no hal lah padanya. kat majlis tuh, tak habis2 dia dok promote aku kat kengkawan dia. bis citer2 time aku kat maktab dulu dia story. sampai ada citer2 yg aku sendiri pun dah lupa. bila ingat balik, rasa nak gelak pun ada. dan aku notice, orang yg paling byk tersenyum dan mengusharku malam tue ialah tak lain, tak bukan...

encik idham!

dan mamat yg aku lupa nama tuh, si halim a.k.a. ellie (dah ingat dah) pun asyik kerling2 kat aku. bukan jeles tapi cam kasi hint jer. erm, aku buat2 tak perasan. malas nak amik pot sgt. lagipun DA dah kasi permission datang nie pun dah kira orait dah... ala-ala 'setia ke akhir hayat' la kononnya. walhal kami takder apa-apa pun.

"jangan gatal2...", pesannya tadi.

kesian pulak. teringat DA, nak tak nak terpaksa la dia berbuka umah mak dia kat ampang hari nie. alah, selalunya pun bukan hari2 aku berbuka ngan dia. ada masanya gak. dia bz, aku pun bz. tapi sahur jer selalu port favourite kitorang kat a&w pj. caya or tak, situlah tempat first date kitorang. siap main tukar-tukar float lagi. sweet tak? hahaha...

tapi tue lah, aku pun confused sebenarnya. aku ngaku, memang la aku fully seratus peratus suka kat dia... jarang aku bleh suka orang camtuh. cuma aku tak nak la nampak cam over sgt. kalau kuar pun buat biasa-biasa jer. dia mmg caring habis sampai terkadang rasa cam kitorang nie dah tahap declaired dah. kata org, kena sedar mana bumi berpijak.

"K, kalau abg ckp sikit, abg harap K bleh terima...".

"yup?".

suasana hening seketika. aku mematikan suara tv.

"K tau kita masih dalam proses nak kenal each other rite?". aku pantas mengangguk. mmg itulah dasarnya.

"there's something yang K patut tahu. there's another two guys yang abg suka and diorang datang sebelum abg kenal K lagi. abg tak nak memilih apatah lagi nak mengecewakan hati semuanya especially K. u're such a nice person that i've ever known...".

rasanya korang patut tahu apa yg aku rasa that time bila DA confess camtuh. aku cuba terima hakikat. aku tak layak. aku tak faham apa yg kat dlm kepala otak dia sebenarnya. ah, tak kisah la. dlm soal nie, aku lebih suka mengalah. itu yg terbaik aku kira. lagipun aku tak rela menjadi calon pilihan. aku lebih suka menjadi favourite ataupun the only one person that he love and cares about. gosh, this is not right. nape la aku nie bodoh sgt. selalu cintaku tak kesampaian. dulu ngan edy pun sama gak. bodoh.. bodohhh... arghh!!

"K, u alrite?". tegur inka. aku tersentak. alamak, lupa aku kat majlis inka. nasib baik takder sesapa yg perasan aku mengelamun tadi. habis jer buka a.k.a. birthday party si inka, aku memohon diri untuk balik. inka ajak gi coffee kat bawah tapi aku refused. penat arr.. erm.

"see ya, darling! thx for coming k."

"okay, thanks to u too. ciao...".

phoneku berdering. DA.

"dah bis ker? nak abg jemput?".

"erm, baru bis. takpe lah. K balik ngan kawan. kat parking dah."

"u sure? siapa kawan tuh?". alamak, tak pernah lak dia byk tanya camnie...

"boy...". tak pasal2 si boy jadi mangsa.

"ok then. but call me or sms if u need me ok?". klik!

"hai, K! balik ngan apa nih?". aku menoleh. idham!

"err... cab!". terus aku menjawab. cepat jer.

"nak saya tolong hantarkan? u stay desa petaling jer kan? on the way lah...". tak sempat aku nak menolak. idham dah tarik tangan...

K.


p:/s : Bukan karya aku.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.