Episod 14 : Selamat Hari Jadi, Is! (BoyKL)

Episod 14 : Selamat Hari Jadi, Is!

Episod 14 : Selamat Hari Jadi, Is!

birthday iskandar.

hari nie juga genap tiga bulan perkenalan kami. 'drama minggu ini' di madam kwan's minggu lalu berkali-kali membuatku berfikir.

ah, patutkah aku menerima saja lamarannya? bingung!

"K, jangan lupa. six o'clock ya. you have to come early, sayang!". masih terngiang lunak suara iskandar di corong telefon semalam.

hampir ke pukul dua petang.

secara jujurnya aku masih belum membeli apa-apa hadiah untuknya. hatiku sedikit berbelah bagi sebenarnya. ah, mau pergi atau rehat di rumah saja? aku berkira-kira sendiri.

"kal! temankan i. klcc!". belum sempat haikal menjawab aku pantas mematikan hp.

klcc.

puas satu klcc kami pusing namun tak jumpa apa-apa hadiah yg sesuai. haikal tarik aku ke topshop. si kal ni mmg 'hantu topshop'.

"tak sesuai...", ujarku.

"mark and spencer?".

"ermm... maybe?". kami gerak ke concourse.

jenuh membelek2, aku memilih sehelai tie dan kemeja-t. habis duit poket aku bulan ni. duh!

tiba-tiba...

"K, aku rasa lebih baik kau jangan pandang kiri...". haikal menyiku.

"napa...". tanpa disuruh aku dah pun menoleh.

iskandar!

dr jauh dengan jelas aku dapat melihat kelibat tubuh iskandar yg sedang berjalan sambil berpelukan dengan seorang wanita. cemburu? perlu ke aku nak rasa camtuh...

apa dia buat kat sini? bukankah sepatutnya dia berada di rumah bersiap-siap untuk acara pada malam nanti?

aku mengerling jam. hampir ke pukul lima setengah.

suruh aku datang pukul enam, konon!

"nah, ambik!". aku mencampakkan barangan yang dibeli kepada haikal. tanpa berlengah aku terus berlalu menuruni eskalator ke P2.

"K, tunggu!".

desa petaling.

"kriiinnng... kriiinnnggg!".

"K...".

"no-kal. please! don't you ever pick up...", aku menegah. hadiah yg dibeli tadi kucampakkan ke tepi. haikal cuma terdiam. dia buat-buat membaca majalah.

iskandar...

"c'mon, baby! where are you...". penat dia mendail. dr tadi K tidak menjawab panggilannya. sms pun tak berbalas. iskandar mula gelisah.

"hai, bang long! sorry lambat. fik temankan lisa shopping tadi...". iskandar pantas mendakap mesra syafik, kembarnya yg juga baru pulang dr luar negara. mereka sama-sama ke australia dulu. tapi kerana menukar jurusan, iskandar memohon pertukaran ke london.

"hello, is. happy birthday, ya! it's for you...". lisa mengucup iskandar.

"uh, thanks, lis. have yourself k. abang ada hal jap. fik, cari mama. jap lagi kita borak ya!".

syafik menarik lisa. mereka ke ruang tengah.

hampir lapan malam.

iskandar mula tak keruan. org kian ramai memenuhi perkarangan banglo mewah tepi bukit itu. masing2 datang mengucapkan selamat untuknya.

iskandar melilau seketika. dia mencari-cari kelibat tan sri ishak.

"papa!".

tan sri menoleh.

"ya, is. kenapa kamu ni. muram aja? tak gembira?".

"is nak keluar sebentar. ambil angin!". belum sempat tan sri ishak menegah iskandar telah pun berlari ke parking bawah.

"sorry, pa!". rav4 biru gelapnya dipandu laju. hanya satu di dalam kotak fikirannya. K!

"K, kau sure tak nak pergi nih? apa pula kata si is tu nanti...". K bungkam. sakit hati sebenarnya membayangkan apa yg dilihatnya tadi di klcc.

siapa perempuan tu agaknya? bukan main mesranya lagi berpeluk-pelukkan dengan iskandar.

ayoo, kes jeles la nih?!

tapi, ah iskandar kah itu? hish, takkan org lain pula... mustahil!

iskandar masih tekun memandu. dia mula membelok perlahan ke jalan mahameru. fikirannya masih lagi berlegar-legar memikirkan soal K. ah, di mana agaknya dia? macam-macam soalan.

tiba di persimpangan sg. besi, iskandar gagal mengawal kenderaan. keretanya terbabas melanggar penghadang jalan. pandangannya gelap. hanya bunyi riuh kedengaran. iskandar kaku.

K!

"K, kau masih berdegil ya?". aku tunduk. malas melayan ema dan aina. sah-sah si haikal yg jadi tukang lapor. dah jenuh dia memujuk aku semalam now giliran minah dua org nie plak. sorry!

"nah, baca nih!". zafir menghulur paper yg baru dibelinya di 7E tadi.

"ada apa...".

"baca aje...".

"anak ahli perniagaan terkemuka kemalangan...". aku terus membaca... membaca dan membaca... uh, kakiku tiba-tiba lemah. rasa nak terkulai time tu gak. aku cuba mengawal diri. serta-merta otakku ligat teringatkan iskandar. apa yg aku dah lakukan??

"fir, temankan aku ke hospital. now!".

"aku ikut...". ema mencelah.

"i pun...".

"hey, kelas macam mana...?".

"ah, takpe. nanti kita bagitau puan roha lah...".

tidak dapat aku gambarkan perasaanku saat itu. memikirkan iskandar, jiwaku bercelaru. tiba-tiba terdetik rasa bersalah di hatiku. menghukumnya tanpa usul-periksa. sekuat mungkin, aku cuba mengawal emosiku. ema di sebelah tak henti2 cuba menenangkanku. zafir memandu.

"is...".

"kamu siapa?".

"err...".

"kami kawannya...".

"kawan?". tan sri ishak mengerut. dia tidak menyangka iskandar punya kawan-kawan remaja seperti itu.

"ya, uncle. kami kawannya. saya ema, yang ini aina, ini zafir dan yg hujung sana tu, K. boleh kami melawatnya, uncle?". aku sedikit gusar dengan pandangan tan sri ishak.

"hey, ini K kan? nak lawat is ya?". seorang wanita tiba-tiba mencelah. yup! aku mengenalinya. itulah mama iskandar. nasib baik kami pernah berjumpa.

"apa khabar aunty! macam mana dengan is?".

"dia ok. cuma luka-luka sikit aje. syukurlah tak apa-apa. masuklah tapi jangan bising-bising sangat ya. dia perlu rehat. aunty dan uncle kamu dah nak balik ni. tengok-tengokkan is ya!." nasib baik ada mama si is nih. aku menarik nafas lega.

"K, kau masuklah. kami lepak di luar aja. nanti apa-apa sms yer!". aku angguk. saat ini hatiku cuma mahu bertentang mata dengan iskandar.

"is...". dari jauh terpancar senyuman di bibir iskandar. nampak dia begitu gembira melihat kehadiran K.

"sorry, i can't move...".

"it's ok. sorry bout last nite...".

"uh, nevermind. hey, you datang ngan siapa?".

"my classmate...".

"uh, ok...".

"i thought you won't come. i sedih...". ada riak2 hiba dalam nada suara iskandar.

"i really miss you. i went to you place malam tadi...". tambah iskandar lagi. kata-katanya kian membuatkan aku rasa bersalah.

"i.. i... i'm... err... sorry...". airmataku mula menitis. aku menangis semahu-mahunya melihatkan keadaan iskandar. perasaan bersalahku begitu menebal. kalaulah aku 'tak buat perangai' malam tadi sudah tentu is tak jadi camni...

"baby, pleaseee... don’t cry. it wasn't your fault, dear. i yang nak careless." aku tunduk. bungkam.

"nasib baik my twin brother follow i. itupun sebab papa i risau i keluar rumah tinggalkan majlis camtu je...".

"your what? twin?".

"yup! syafik, my twin brother. sorry i tak sempat nak introducekan kat you. dia baru balik dr oversea last week."

adoii, mak! sah-sah la yg aku nampak kat klcc semalam tuh syafik, adik kembar iskandar. patutlah mesranya lain macam aje ngan that girl...

(rasa nak hantuk je kepala ni kat katil now! dushh.. dushh... dushhh...).

"baby, kenapa? u orait?". aku angguk. buat-buat ok sebenarnya. walhal dlm hati tuhan je tau perasaanku tika itu...

"tuk.. tukk...".

zack!

"hey, is! sorry aku tak tau kau kemalangan. your mom call tadi bagitau. kau ok?". jelas zack risau. termengah-mengah dia seketika. helmet pun masih kat tangan.

"uh, K kau pun ada. sorry ganggu you guys. aku singgah jap jer nih. dr kelas tadi. terus bergegas ke mari. erm, dah lama sampai?". aku cuma senyum. dalam hati masih lagi salahkan diri sendiri.

dalam diam, aku cuba membisikkan, "selamat hari jadi, is!".

K.

P/s : Bukan karya aku.

Post a Comment

0 Comments