Episod 13 : Biarkan Musim Itu Berlalu
aku kaget. rasanya valentine lambat lagi.
"sapa?".
jessy, rakan sekelasku menggelengkan kepala.
"uihhh... dalam diam rupanya cik abg kita nie ya! K, sapa kasi?". tanya zafir tak sabar. erm, bingung juga ya. aku melihat-lihat seketika. ada kad!
"dariku, untukmu. moga berbahagia selalu...".
ringkas sahaja tulisannya. aku cuba meneka-neka. siapa ya?
"jangan-jangan tasha tak? dia kan dr dulu minat kat kau...". ema mencebik. benci dia mendengar aina menyebut nama perempuan berangan tuh.
"dia kan dah ada pakwe. anak pengetua lagi. takkan kut...", aku cuba sedapkan hati.
"alah, K. jangan-jangan kak kiah, cleaner kolej kita nie tak? kan dia selalu ushar2 kau masa nak gi taruk beg? cun haper. hahahaha...". serentak dengan itu pecah ketawa di kalangan mereka. siyol kau fir! akak cleaner tu kau bagi aku...
sudahnya cerita bunga itu mati di situ sahaja. kemunculan puan roha menjadikan ruang kelas senyap sunyi. masing2 kembali fokus dengan subjek yg diajar.
lunch time.
"K, lepak mana?".
"eon?".
"jom!".
kami berempat menapak ke foodcourt yg terletak di bawah bangunan eon. pot biasa. now baru kul dua belas. masih awal lagi. org tak ramai.
zafir dan aina mencari tempat. aku dan ema ke kaunter no. 19 - gerai favourite!
"berapa, kak?".
"hai sayur je?". aku sengih.
"dua ringgit...". aku menghulur dua keping not kertas seringgit.
"K, beli air ya. soya!". aku meninggalkan ema. dia menunggu nasi goreng.
"hai, K. awal hari ni. sorang je?". aduh, mak! ngan abg air pun jadi ya...
"berempat - mana bleh sorang. nanti ada yg suka ambil kesempatan!". abg air tuh cuma sengih. faham aku bergurau.
"lamanya. nak tercekik aku. abg air tuh ngurat kau lagi yer?!". ujar ema separuh geram.
"layan jer...". celah zafir. aku dan aina hanya tergelak.
hari-hari kami makan di eon. ada la 2, 3 org mat-mat kelantan yg kerja di kaunter jual air tuh notice aku camner. maybe diorang cop aku nie jambu kot. takat sakat2 camtuh je, bukan luak pun.
selasa.
hari cutiku. ingatkan nak lepak umah aje. tetiba pulak si iskandar ajak lunch di klcc. aku pantas bersiap. ok juga. kebetulan ada beberapa urusan di sana. bleh jalan2 sama. asyik terperap aja.
"baby, you want me to come and pick you?".
"no, thanks. i pegi sendiri. lagipun i ada kad lrt...". "oh, ok. so see you around one o'clock ya sayang... muahh!". klik!
klcc.
aku melilau-lilau seketika. waktu sudah hampir ke lunch hour. org kian ramai. sambil2 menunggu iskandar menelefonku, aku melangkah ke topshop - ah, sekadar 'cuci mata' sahaja.
"baby, i kat depan topshop dah. wait u here!".
dr dalam jelas kelihatan sesusuk tubuh iskandar. kekar. aku tersenyum seraya melambai2 perlahan padanya. iskandar datang merapati.
"ada yg you berkenan?". iskandar dah siap kuarkan wallet. aku pantas menggeleng.
"tengok aja!".
"u sure?". aku dah mula menarik tangan iskandar.
"kita makan di mana?".
"i dah book meja kat madam kwan's. tapi kalau u tak suka kita boleh makan tempat lain."
"ermm... ok je. as you wish!". iskandar senyum. manis sekali. itulah yg aku paling gemar tentangnya. senyumannya! ah, cair sekali...
madam's kwan.
"this is for u...". aku melihat kotak kecil itu. apa dia?
pantas aku membukanya...
it's a diamond ring!
oh, iskandar!
"you suka?".
aku tak tau nak kata apa...
"i plan nak bagi you malam valentine nanti. tapi i lupa u said you tak celebrate valentine, so i think this is the right time. i tak leh tunggu sayang... i betul2 dah sayangkan you. ini tanda cinta i pada you. i harap you sudi...".
saat itu, waktu itu mahu sahaja aku terjun dr tingkat 4 suria klcc ke concourse. eh, jap. terjun buat apa - mati la. cemana aku nak ckp aku juga cintakan dia? ERM.
"i tau masih terlalu awal untuk you buat keputusan. ok la, i tak paksa. kalau you dah ready nanti you pakai la cincin tuh. at least i tau, you dah bersedia!".
lidahku kelu untuk terus berkata-kata. inilah pertama kali seorang lelaki melafazkan aku kata-kata cinta - siap ngan cincin sekali. terharu - betul2 aku terharu dan terkedu.
oh, is!
" i mahu you buat keputusannya sekarang ! you pilih i atau dia ?!".
"siapa ?".
" indra !".
"joe, please okay. don’t be so childish la. both of us just a friend. i’m sure that you know about it, rite ? i still love you…".
" arghhh… pergi mampos la dengan kata-kata sayang you tue. you hanya pandai bercakap tapi mana buktinya yang you betul-betul sayangkan i ?!".
"joe! sampai hati you cakap i macam tue. selama nie…".
"listen here, K! i dah bosan dengan segala alasan you tue. apa you ingat i nie tunggul ?! tak tahu apa yang you dan indra buat kat belakang i selama nie ?".
"joe… apa maksud you. i.. i tak faham ?".
"heh, tak faham konon. dah cukup you cuba mainkan perasaan i, K! mulai hari ini, you bebas buat apa yang you think that’s the best for you.
antara kita, cukup sampai di sini sahaja!".
"joe, waittt…!". johan telah pun memecut laju lantis hitam miliknya dan terus hilang dari pandanganku. gelap!
"K, sayang... u ok?".
aku tersentak. huh?
duh, aku berkhayal rupanya.
"sorry...".
ah, panjang cerita. kisah lama. erm, di mana joe agaknya?
K.
P/s : Bukan karya aku.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.