Mee Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam


Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam

Ada orang Terengganu dekat sekitar Selangor? Confirm ada. Selangor ni tempat lubuk kerja, kot lah. Sebab ramai orang dari luar Selangor 'bermastautin' di sini dan mencari rezeki di sini. Mesti susah kan nak dapatkan makanan dari Terengganu? Meh datang sini :


Delong Coffee & Such
No 8 , Jalan Opera A U2/A ,Seksyen U2 TTDI Shah Alam , Selangor ( Berdekatan dengan Petron ) 

Apa yang menarik dekat Delong Coffee & Such ni? Ya. Semestinya Mee Calong yang jadi rebutan dekat Terengganu. Katanya susah nak dapat dekat sana. Ye ke? Tak payah lah susah - susah jalan jauh semata - mata nak merasa Mee Calong ni. Dekat Shah Alam dah ada. Kenapa mesti datang? Sebab tuan punya Delong Coffee & Such merupakan anak jati Terengganu. Semestinya makanan yang dimasak semuanya bukan copy and paste semata - miata. Memang makanan yang tertulis dalam menu terlahir dari benih Terengganu! Wah. 

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam

Ada orang yang tak tahu apa keistimewaan Mee Calong ni? Nampak biasa - biasa je macam mee cikai kan? Tak. Sabar dulu. Kau jangan sukahati nak menilai Mee Calong. Rasa dulu baru jadi juri tak bertauliah. Keistimewaan Mee Calong ni terletak pada fishball yang dibuat sendiri. Ha itu lah yang istimewanya. Macam beli buku. Kita tengok muka surat depan, lepastu mukasurat belakang. Dan lepastu baca sinopsis dan belek - belek sikit halaman. Baru rasa macam nak beli atau tak. Kadang - kadang buku yang seronok juga bukan bergantung kepada cover yang hebat! Kan? 

Selain dari Mee Calong, Nasi Carrot yang dihidang bersama Ayam Merah juga merupakan menu utama di Delong Coffee & Such. Bakal menjadi tarikan dan pilihan utama oleh penggemar makanan di luar sana. Oh lupa nak kongsi berita baik dan indah. Delong Coffee & Such menyediakan set makanan yang bernilai bawah RM10. Apa yang kau akan dapat dengan nilai serendah tu? Semestinya Nasi Carrot yang dihidang bersama Ayam masak merah dan air soda bukit besi! 

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam
Ini lah rupa air soda bukit besi

Delong Coffee & Such ni memang masih baru. Kata orang masih bayi. Tapi jangan risau. Kalau kau datang, makanan ada. Bukan takda. Cuma belum sempurna sepenuhnya. Kedai pun masih mahu ditambah hias. Jom datang dan rasa Mee Calong! 

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam
Lala Choco Drink
Yang ni febret. Minum sejuk - sejuk memang basah tekak nikmat. Selain dari air soda bukit besi, lala choco drink juga merupakan air yang terdapat di Delong Coffee & Such. Bukan makanan Terengganu je ada dekat sini. Western pun ada jugak tau! Jadi, alang - alang jadi orang terengganu, nak jadi omputih pun boleh kalau nak. Heheheh.

Ada orang tanya, Delong ni menatang apa? Orang Terengganu je tahu, Delong ni sebenarnya nama sebuah kampung yang terletak di Terengganu. Namanya ialah Kampung Delong, Terengganu. :) 

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam
Tuan punya Delong Coffee & Such

Calong Terengganu Sudah Ada Di Shah Alam



Delong Coffee & Such
No 8 , Jalan Opera A U2/A ,Seksyen U2 TTDI Shah Alam , Selangor ( Berdekatan dengan Petron ) 

No tel 
013 958 3797 / 012 280 8996

Instagram 
@delongcoffeeandsuch


Kredit Video
Kredit Gambar

Post a Comment

1 Comments

  1. wahhh... kami pun dari terengganu.

    tapi kami buat katering ais krim sahaja.

    www.soft-blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.