Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita
Tiba - tiba teringat pasal spa. Orang macam aku memang jenis tak pernah pergi spa. Lepastu pulak, kawan - kawan semua cakap muka aku dah bersih tak ada jerawat. Walaupun muka aku ni memang jerawat jarang hinggap, ada benda lain yang aku tak suka yang wujud dekat kulit muka aku. Contohnya macam bintik - bintik hitam lah apa lah. Entah la, aku pun tak tahu apa ke istilah nya.
Kawan keliling pulak memang suka memanjakan diri dengan rawatan spa. Baik lelaki ataupun perempuan. Kadang - kadang sampai krik - krik je bila dorang cerita pasal spa. Sebab tak pernah betul jejak spa. Huhu. Kesiannya lah aku. Haha.
Jadi, aku nak lah cerita pengalaman aku pergi spa. Hehehe. Ini lah rupa spa yang aku pergi. Lokasinya dekat Saujana Utama. Kalau kau pakai waze, kau taip je Mutiara Spa Saujana Utama. Keluarlah nanti lokasinya. Masuk je spa, ada muzik sentimental yang jadi juadah telinga. Rasa nyaman je diri kau masa tu. Mungkin korang semua dah pernah pergi spa. Ni kira yang pertama bagi aku, rasa dia lain macam sikit. Seronok.
Aku datang sini sebab buat facial muka. Aku pun tak tahu nak terangkan bagaimana. Seronok bila ada orang belai - belai muka aku. Nak tertidur rasanya. Siap pakai mask yang sejuk gila. Hahaha. Kelakar. Maklumlah tak pernah merasa kan? Gitulah jadinya. Bangun - bangun je mengantuk. Rasa macam nak tidur situ terus je.
Ni bilik untuk sauna |
Mask yang aku guna |
Kelebihan spa ni? Dikhaskan hanya untuk wanita sahaja. Lelaki tunggu luar, tidak dibenarkan. Ayukkk. Aku nak kongsi lah promosi yang ada dekat Mutiara Spa ni. Sebab ada tulis dalam flayers. Benda baik kena kongsi, biar semua tahu!
Promosi Mutiara Spa
Lulur Pakej = RM129.00Body Scrub
Body Mask
Mandi Susu
Basic Facial
Facial V.Shape
Harga Biasa = RM149.00
Promosi = RM100.00 SAHAJA
Thai Oil Massage
RM70.00
FREE = Herbal Tungku
FREE = Herbal Tungku
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Refreshing Facials & Massage
- Body Trearment
Perkikdmatan urut untuk mereka yang lepas bersalin juga turut disediakan. Bukan tu je, jaga kan sepanjang berpantang pun boleh tau ^_^.
Lokasi Mutiara Spa
CG-33, Jalan Bidara 9, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh. (Berhadapan dengan SU Mall)
Hubungi
017 - 3234797 ( Mutiara Spa)
011 - 21330291 (Cik Ema)
1 Comments
Esok buka ke pm.0123932963
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.