Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016
Lokasi : Glasshouse,
Seputeh
Tarikh : 7 April 2016
Masa : 3pm - 6pm
Bagaimana mahu ke Glasshouse, Seputeh
Aku selitkan arah agar
sesiapa pun yang mahu ke sana berasa senang dan mudah mahu ke lokasi. Kau tak
perlu bersusah sangat. Hanya menaiki KTM dan turun di perhentian Seputeh. Ouh
ya. Perhentian di Seputeh jarang - jarang manusia nya. Jadi, jika kau mahu ke
luar (baca: maksud aku mahu ke mana - mana di Seputeh selepas turun dari KTM)
kau perlu menelefon teksi. Untuk menunggu teksi melalui kawasan situ, kau
memerlukan tahap kesabaran yang maksimum. Jangan takut. Di cermin info di KTM
Seputeh, ada nombor telefon agensi teksi. Kau hanya perlu mendail nombor
telefon tersebut dan pegawai yang bertugas akan memaklumkan kepada teksi yang
paling dekat dengan kawasan engkau. Dan selalunya selepas pegawai memaklumkan
kepada engkau, teksi akan tiba dalam sekian - sekian minit, kebetulan teksi
akan lalu di depan kau (baca: teksi yang memang melalui kawasan tersebut). Dua
(2) kali aku kena. Sabar jelah. Nasib baik tak kena marah.
*****
Perasaan untuk pertama
kali menjejak kan kaki di Glasshouse, Seputeh? Teruja sangat sebab ini pertama
kali aku dapat pergi Fashion Show. Kedua, sebab Fashion Show ini adalah koleksi
dari Jovian Mandagie. Ouh tak lupa. Tahun ini koleksi Raya Jovian
Mandagie dibawakan oleh Lux! Haaa…. Lux memberikan haruman berkekalan sehingga
8 jam! Aku sangat teruja sebab baju Raya Jovian kali ini menampilkan sesuatu
yang berbeza, selain koleksinya yang elegan dan stailo, ianya turut disertakan
dengan haruman Lux Magical Spell.
Lux sebenarnya sentiasa
memberi aspirasi supaya kaum wanita menjadi lebih menyerlah dan menawan dengan
wangian daripada sabun mandiannya. Lux Magical Spell ini mempunyai haruman yang
berkekalan sehingga 8 jam dan menambahkan sisi ‘BOLD’ kepada setiap wanita.
Jadi, tidak hairanlah apabila Lux memilih untuk berkolaborasi dengan Jovian
Mandagie untuk koleksi Raya tahun ini. Koleksi Raya Jovian tahun ini adalah
penuh klasik dan elegan – sesuai dengan Lux. Tambah lagi Jovian mengambil Grace
Kelly sebagai inspirasi dan Lux pun pernah menggunakan wanita-wanita ikonik
seperti Elizabeth Taylor sebagai dutanya. Sangat matching kolaborasi Lux dan
Jovian ini.
Oh ya, waktu di event
itu semua orang berpeluang untuk melihat tutorial cara-cara pemakaian neck
scarf. Ada 4 cara yang trendy semuanya. Jovian Mandagie telah mereka scarf
leher ni ekslusif untuk Lux. Dan siap ada wangian Lux Magical Spell lagi. Semua
orang yang hadir membawa pulang satu daripada dua scarf rekaan Jovian ni.
Kurung Moden ala Grace Kelly
Engkau kenal siapa Grace
Kelly? Cantikkan dia. Persis Cindrella versi wujud. Engkau jangan gelak, sebab
aku serius menyatakan ia. Dan kau akan mula mengakui nya nanti.
Biodata :
Nama
: Grace Patricia
Kelly
Tempat Lahir
: Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Tarikh Lahir
: 12 November 1929
Adik Beradik
: Anak ketiga daripada empat beradik
Nama Bapa
: John Brendan Kelly, Sr. (Jack Kelly)
Nama Ibu
: Margaret Katherine Majer Kelly
Grace Kelly membesar
dalam sebuah keluarga yang sangat kaya. Syarikat yang dimiliki oleh bapanya
berkembang sebagai syarikat bata terbesar di Pantai Timur Amerika Syarikat.
Selepas menjadi jutawan, keluarga Grace Kelly berpindah ke
daerah kelas pekerja Philadelphia.
Kelly termasuk dalam
barisan wanita yang paling cantik di dunia sehingga ke hari ini. Beliau
merupakan anak perempuan hasil daripada perkahwinan seorang bekas model dan
ahli perniagaan kaya Amerika Syarikat (baca: Asal-usul golongan atasan).
Sebelum menjadi seorang artis, beliau merupakan pelajar sekolah di American
Academy Seni Dramatik, New York.
Kenapa Bersandarkan Grace Kelly dalam penghasilan kurung moden?
Jovian Mandagie memberitahu bahawa Grace Kelly merupakan
ikon kepada dunia fesyen ketika dizamannya serta mempunya stail klasik yang
unik sebagai seorang kerabat diraja.
Siapa Jovian Mandagie?
Nama penuh
: Jovian Mandagie atau Mohd. Ridhwan (nama Islam)
Asal
: Indonesia (dibesarkan di
Kuala Lumpur)
Umur
: 30 tahun
Tarikh Lahir
: 6 Jun 1986
Hobi
: Membaca
Kelulusan
: Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan, Universiti Lim
Kok Wing
Kerjaya
: Pemilik Butik Jovian Flagship Store
Pencapaian
: Pereka Fesyen Terbaik 2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix
Tengoklah bunga yang menetap di pinggangnya. Menawan! |
Bagaimana perasaan
engkorang? Aku teruja! Selain dari gayanya yang klasik, ia juga nampak elegan
bila aku yang memakainya. Aku tak pasti lah kalau engkau yang memakainya.
Mungkin kelihatan seperti wanita bangsawan persis Grace Kelly barangkali?
Semua koleksi seperti
dalam gambar (baca: berjumlah sebanyak empat puluh (40) terdiri daripada
pelbagai jenis fabrik bertekstur, kain krep mewah, chiffon ringan, jacquard dan
unsur-unsur sutera imperial yang halus diaksen dengan manik kristal, batu
permata, bugles, doh garam dan manik kaca.
Ini merupakan kali
pertama Koleksi Raya ZALORA 2016 diserlahkan dengan Lux
Magical Spell yang menambah lagi keanggunan koleksi terbaru ini.
Setiap rekaan telah diserlahkan dengan wangian yang mampu menampakkan koleksi
yang elegan dan gaya setiap wanita yang memakainya, menyerlahkan keyakinan
mereka dengan haruman berkekalan yang segar. Sebab tu aku cakap, walaupun aku belum
lagi pakai pakaian kurung moden yang digayakan model ketika itu, aku dah pun
menikmati kesegarannya. Walaupun bermandi peluh ketika menunggu ketibaan teksi
aku masih mampu untuk tampil yakin ketika dimajlis tersebut.
Seperti yang dinyatakan
oleh Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever:
"Kami berbesar hati
untuk menjadi sebahagian daripada Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA. Lux mahukan
semua wanita untuk tampil yakin dan berasa cantik dan menawan walau di mana
sahaja mereka berada. Koleksi Raya yang bergaya dan elegan ini ditambah dengan
haruman Lux Magical Spell menyerlahkan nada glamor dan
keyakinan - satu perasaan yang dirasakan semua wanita dengan setiap mandian.
Gabungan ini menjadikan koleksi Raya sebagai inspirasi dan menjiwai lambang
wanita Lux – menyerlah, elegan dan yakin. Kini, setiap wanita boleh memiliki
koleksi Raya ekslusif Jovian Mandagie dengan haruman berkekalan dan
menyerlahkan keyakinan kaum wanita, menjadikan mereka berasa cantik dan menawan
walau di mana sahaja mereka berada.”
Aku pasti kau akan
terkejut dengan harganya. Tapi, kau harus tahu bagaimana kesungguhan Jovian
Mandagie dalam menghasilkan rekaan kurung moden ini yang bercirikan
tarikan diraja persis Grace Kelly beserta jenis fabrik yang digunakan. Harga
untuk koleksi ini adalah diantara RM320 sehingga RM590.
Bagaimana mahu memilikinya? Boleh didapati di ZALORA.com.my, aplikasi mudah alih ZALORA, dan di
kedai-kedai Jovian (baca: dikenali sebagai JStore) pada bulan Jun.
Lokasi JStore :
1. Jstore Shah Alam.
JM Tower, Jalan Plumbum
P7/P, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.
2. JStore Bangsar.
112, Jalan Maarof,
59100 Bangsar, Kuala
Lumpur.
3. JStore Bangi
No.50A, Jalan Medan
Pusat 2C,
Pusat Bandar Seksyen 9,
43560 Bandar Baru Bangi.
4. JStore Kota Kinabalu
No. 456, Mile 2.5, Jalan
Tuaran Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.
1 Comments
pergh2
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.