LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Levis WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Sebenarnya aku lupa nak bagitahu dekat pembaca. Aku telah menghadiri "Levis We Are Original Celebration Party 2016". Memang ber 'party' sungguh dalam tu. Hahaha. Santai gila. Sampai aku tak tahu nak buat apa selain makan dan makan. Sementara nak menunggu majlis ni mula, aku dan semua yang berada di KL Life Centre disajikan dengan muzik DJ. Nak goyang - goyang dekat situ pun boleh. Tapi aku pilih untuk duduk secara sopan. Sebab aku sopan orangnya. Memandangkan diorang semua pun melayan halwa telinga dengan muzik yang disaji se - enaknya. Aku pun, buat lah benda sama. 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Pengenalan Jenama Levi’s® 

Levi Strauss pada tahun 1873, seluar jeans Levi's® telah menjadi pakaian yang paling dikenali dan diikuti di seluruh dunia – mengabadikan imaginasi dan kesetiaan dari generasi ke generasi. Hari ini, portfolio Levi's® terus berkembang melalui semangat merintis yang berterusan dan inovatif yang sentiasa lain daripada yang lain dalam industri pakaian. Aneka pilihan pakaian jeans dan aksesori terkemuka levi's boleh didapati di lebih 110 negara, membolehkan individu di seluruh dunia memperagakan gaya peribadi mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama, barangan dan kedai Levi's®, sila layari levis.com.

Antara personaliti tempatan yang turut hadir dan menjadi salah seorang perintis denim ialah artis rock lagenda; Amy Search, pemenang Asia’s Next Top Model Musim Ke-2; Sheena Liam; penyanyi terkenal kumpulan HUJAN; Noh Salleh, ratu gimnastik negara; Farah Ann, blogger terkemuka, Jane Chuck; puteri akustik Liyana Fizi, termasuk pasangan pengacara dinamik JinnyBoy TV, Jin Lim dan Reuben Kang; jurugambar terkenal, Chuan Looi; bakat baru dunia lakonan, JC Chee; pereka fesyen, Hatta Dolmat; biduanita jazz, Poova, dan ramai lagi berganding bahu untuk memeriahkan kempen ini dengan pelbagai coretan pengalaman unik mereka bersama jeans.


Levis We Are Original Celebration Party 2016

Tujuan Levis We Are Original Celebration Party 2016 diadakan adalah untuk mengiktiraf semangat keaslian dan ketulenan denim Levi's sepanjang ia wujud di muka bumi sehingga lah ke hari ini.

 Di awal - awal majlis, kami semua disajikan dengan pengalaman mereka sepanjang bersama Levi's. Antara yang berkongsi pengalaman ialah Noh Salleh, JC Chee, Liyana Fizi, dan beberapa orang lagi yang aku  terlupa namanya.

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016


COMMUTER 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Commuter waistband u lock
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Commuter trucker
Siri Levi’s® COMMUTER ditampilkan semula dengan lebih banyak ciri teknikal serta inovasi baru. Setiap perincian dalam koleksi baru ini direka khusus bagi memastikan penunggang basikal urban selesa, selamat dan tidak belengas semasa berkayuh. Ciri-ciri ekslusif COMMUTER termasuk pantulan balik haba dan pemegang U-Lock, warna-warna penyeri seperti Hitam, Kelabu dan Tembaga, label, rivet, butang, pita dan benang pantul cahaya serta bahagian belakang seluar berparas tinggi bagi mengelak kulit terdedah semasa berkayuh. Jaket Trucker yang baru juga menampilkan ciri-ciri fabrik lasak Cordura Warp, kalis air, kain denim dan bukan denim empat-regangan, di samping aplikasi pantul cahaya 3M pada tab laras belakang jaket, hood tersembunyi dalam kolar serta kocek-kocek rapi lagi selamat. COMMUTER Perfect Tees (versi baju-T dari rangkaian Perfect Tees yang mesra penunggang basikal) kini dijalinkan dengan lapisan-lapisan asas serat Thermoregulating CoolMax® bagi menghasilkan kesan dingin, kering dan hidrat. Harga runcit bagi baju Commuter bermula dari RM99 ; seluar Commuter dari RM329.

STRETCH 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Rangkaian jeans ini direka khusus dengan menitikberatkan kelasakan dan keutuhan. Berasaskan jalinan cotton, polyester dan Elastane, fabrik lembut ini mengelakkan pakaian menjadi keras kaku dan merekah tapi sebaliknya mempunyai daya regang yang menyelesakan si pemakai. Kelebihan ini menyebabkan pakaian tidak lunyai dan tetap utuh, mencegah rabak pada bahagian lutut serta mengelak warna pudar walaupun setelah berkali-kali dibasuh. Amat sesuai untuk mereka yang lincah dan bergerak aktif. Harga runcit bermula dari RM239.

COOL 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Cool Men Slim
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Cool Women Skinny

Levi’s®Brand juga sedang mengembangkan koleksi COOL, koleksi denim inovatif yang direka khusus untuk menampan bahang cuaca panas – fabrik berongga menyerap kelembapan, sekali gus memudahkan pengaliran udara dan menyelaras suhu badan. Dua kali lebih lembut daripada kapas, koleksi baru ini turut menggunakan MODAL® FIBER by Lenzing, yang memberi kelembutan terunggul (dalam cara paling semulajadi). Ciri-ciri kelembutan inilah yang menjadikan koleksi denim ini lebih ringan dan lebih lembut pada kulit. Koleksi musim ini tertumpu kepada pakaian smart klasik dengan kesesuaian dan gaya lebih sofistikated, yang menepati trend terkini. Pilihan lelaki termasuk 511™ Slim Cool dan 505 Regular Cool. Bagi wanita pula, Boyfriend Cool dan 711 Skinny Cool menampilkan stail bergaya dengan ciri tambahan Stretch Technology yang membolehkan gerakan lebih fleksibel. Dengan COOL, setiap orang tidak kira di mana jua berpeluang menggayakan pakaian denim dan bukan denim sepanjang tahun dalam apa jua keadaan. Harga runcit bermula dari RM279.

WOMEN’S SHAPING 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Shapping Slim
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Shapping Straight
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Shapping Skinny

Koleksi Lot 300 yang direka khusus untuk merapi dan menyerlah, terus kekal sebagai jeans terunggul bagi mengempiskan perut, memontokkan punggung serta melangsingkan kaki! Kombinasi fabrik anjal dan teknologi pelangsingan perut termaju ini mencengkam dengan selesa di bahagian-bahagian pejal berkenaan. Jeans paras pusat ini boleh didapati dalam dua jenis fabrik premium:
 • Orta Super Stretch Bi-Stretch Fabrik ini meregang mengikut arah benang menegak dan melintang, sekali gus membolehkan gerakan maksimum dan selesa sementara fabrik regangan dua hala menyokong dan mengangkat, sekali gus merapi dan menyerlahkan lagi bentuk badan.
 • Twin Dragon A never-fade black made with synthetic fibers, the black can last 20 washes without fading. Super soft on the hands, this fabric uses a patent pending eco-friendly technology and is environmentally friendly Jeans ini diperbuat daripada fiber sintetik dan pewarna hitam tidak mudah pudar walaupun selepas 20 kali cucian. Fabrik ini amat lembut dan menggunakan paten teknologi mesra alam dan mesra persekitaran. Harga runcit bermula dari RM199, jeans ini boleh didapati dalam warna kopi keperang-perangan dan biru kehitam-hitaman dan kemasan berinsiprasikan bahan-bahan tulen.

COMMUTER, STRETCH dan COOL boleh didapati di seluruh negara mulai Mei 2016. WOMEN’S SHAPING pula bermula dari Jun 2016.

Yeah. Apa lagi. Jom sergah levis.com/ untuk bergaya!

Post a Comment

3 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.