Ben Ashaari Punca
Akibat malas menulis |
Ini lah Ben Ashaari |
Aku dah semakin suam - suam kuku untuk menulis. Mood. Ye itulah. Asyik tiada. Idea ada banyak, siap buat senarai. Tapi lepas je bukak blog dah siap tulis tajuk, kosong --
Ben Ashaari punca aku menulis semula. Kalau ikut kan, aku tak bukak blog dan menulis sekarang ni. Selalu log in je, lepas tu log out. Tak tahu nak mula dari mana, sebab segalanya kosong. Tapi, tadi balik je kerja gigih bukak laptop dan log in. Ben Ashaari bukan lah tajuk utama sebenarnya. Tapi jadi tajuk untuk entri ini sebab beliau lah punca aku teruskan kerajinan untuk menulis. Setiap kali malas, cepat - cepat pesanan Ben Ashaari dan kata - kata beliau menusuk dalam hati. Dan cepat - cepat rasa bersalah dekat diri sendiri.
Yelah, aku nak orang kenal dan gelar aku sebagai blogger. Tapi, tahap aku menulis masih di takuk paling rendah. Malas -- Jadi, apalah gunanya aku mengharapkan orang untuk memanggil aku dengan gelaran blogger, kalau aku malas menulis. Aku memang tak layak sebenarnya. Sebab kesungguhan aku, dan kata - kata Ben Ashaari lah aku jadi rajin. Bukan mengampu. Memang hakikat. Setiap kali timbul pasal malas nak update blog, teringat cerita Ben Ashaari dulu. Masa mula - mula belum dikenali.
Dekat semua tempat asal ada masa je, dia akan bukak laptop dan menulis. Dan jangan sesekali salahkan masa! Semua manusia diberikan masa yang sama. Cuma terserah kita bagaimana mahu membahagi secara adil. Betul tak?
Jadi aku, mahu dikenali sebagai seorang blogger (baca: penulis) tidak kiralah menulis apa sekalipun walau cuma satu perenggan ayat. Walau cuma sehari satu (1) entri. Janji aku tak kosongkan satu hari dengan malas! Terima kasih Ben Ashaari. Sebab bukak peluang untuk diri ini bersaa - sama dalam kelompok blogger hebat dan sama - sama berkongsi ilmu serta mencurah segala ilmu yang ada. TERIMA KASIH.
Tiba - tiba teringat lagu ni. Semangat Yang Hilang oleh XPDC
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Kita laksanakan Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Kita laksanakan Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam
1 Comments
Alhamdulillah...sahabat sahabat blogger juga boleh menjadi inspirasi...moga terus bersemangat ya...
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.