Solidariti Untuk FAHMI REZA!


Solidariti Untuk FAHMI REZA! 


Solidariti Untuk FAHMI REZA!



"Dear Malaysian punks,


Nama aku Fahmi Reza. Dan aku seorang budak punk seperti kamu. 



Aku takde mohawk, jarang pakai t-shirt bands, dan tak dress up macam budak punk. Tapi jiwa aku 100% punk. Aku tak main dalam band (last sekali tahun 2001 aku main gitar untuk crustcore band Skullkrusher), aku tak tulis zine (tapi aku ada keluarkan satu buku mewarna yang kurang ajar!) dan aku tak organise gig (last sekali aku organise Food Not Bombs benefit gig dekat Dataran underground lama dulu!). Walaupun aku jarang turun gig, dan jarang lepak dengan korang, tapi aku tetap mengikuti perkembagan scene punk tanahair. (gua dah beli LP terbaru The Bollocks dari Tandang Records, yellow vinyl!) 
smile emoticon
Muzik punk adalah soundtrack hidup aku sejak di bangku sekolah menengah hingga ke hari ini. 

Aku dapat kesedaran politik aku melalui muzik punk semasa berusia 18 tahun pada zaman '90an melalui kugiran-kugiran seperti Defiance, Aus-Rotten, Conflict, Crass, Dead Kennedys, Extreme Noise Terror, Minor Threat dan banyak lagi. 

Aku belajar untuk question authority dan berfikir sendiri secara independen disebabkan muzik punk.

Aku belajar mengenai DIY punk ethics dan budaya untuk tidak menunggu untuk orang lain (pemimpin, hero, dan sebagainya) untuk buat untuk kita, sebab kita boleh buat sendiri, disebabkan muzik punk.

Disebabkan budaya DIY ini aku mula buat kerja graphic design buat kali pertama 18 tahun dahulu bila aku design 7" record cover untuk kugiran From Ashes Rise. Aku tak pernah berhenti buat kerja grafik hingga ke hari ini, semua sebab muzik punk.

Aku belajar menjadi seorang rebel yang bencikan ketidakadilan, korupsi dan penindasan disebabkan muzik punk.

Kini, disebabkan semangat rebel aku, aku mungkin akan dikenakan tindakan oleh polis dan penguasa.

Aku menulis kepada korang sebab aku nak mintak setiakawan dari semua teman-teman punk seluruh Malaysia, andaikata aku ditangkap oleh sang penguasa, aku mohon agar kita tidak berdiam diri. 

Aku mohon agar kalian berdiri di sebelah aku, untuk kita terus sama-sama melawan penindasan tanpa henti, bukan hanya melalui lirik-lirik lagu kita, tulisan-tulisan zine kita dan lukisan-lukisan kita, tetapi melalui aksi dan tindakan kita.

Aku mohon solidariti dari teman-teman punk semua. Who's with me?" 

Making punk a threat again,
Fahmi Reza 

Post a Comment

0 Comments