Top Menu di Legoland Malaysia
Siapa dekat sini suka makan? Yes, kita geng. Kalau kau tak suka makan, kau kena juga baca entri ini. Sebab makanan adalah sebahagian yang hidup menjadi darah dalam daging kau. Kalau kau tak makan, macam mana kau mampu hidup serba sihat setakat ini. Betul tak? Disebab kan rakyat Malaysia ni kebanyakan nya adalah penggemar makanan so, entri kali ini aku nak bawa korang jelajah top menu yang ada di Restoran Legoland.
Mula - mula nak bagitau, aku memang dah jatuh cinta dengan reka bentuk Restoran di Legoland ni. Walaupun tak hipster tapi comel sangat. Berkenan di hati sampai harini. Aku kemurungan sampai demam sehari sebab tak dapat bergambar dengan Lego Chef yang ada dekat pintu masuk tu. Menyesal tak sudah. Memang masa tu aku dah keluarkan kamera nak tangkap gambar, tiba - tiba ramai pulak yang datang. Mencicit malu. Aku ambil jela gambar restoran buat kenangan. Mungkin rezeki aku bukan dengan Chef Logo :( Nanti kita jumpa lagi ya awak.
Ini adalah gambar Restoran Legoland bahagian depan. Waktu ni aku tak lalu depan, aku masuk lalu belakang. Sebab nak menghabiskan sesi
soal jawab bersama media untuk
Majlis Lego Monkey yang aku tulis di entri sebelumnya, Kalau ada yang belum baca, baca
disini
http://kanvasdakwat.blogspot.com/2016/01/lego-monkey-dalam-malaysia-book-of.html. Mesti tak sabar nak tengok top menu di Legoland Malaysia kan? Okay jom mula.
|
Dekat Legoland Malaysia pun ada Nasi Briyani tau. Nasi Minyak pun ada. Jangan terkejut! |
|
ABC |
|
Western Station |
|
Sesi Soal Jawab bersama media |
|
Ini adalah makanan yang dijamu sebelum menikmati makanan yang lain bersempena menyambut Tahun Baru Cina :) |
|
Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan media dari Malaysia Book Of Records |
Serius best gila dapat makan dekat Restoran Legoland Malaysia. Puas hati sangat - sangat dengan menu yang mereka sediakan untuk para pengunjung. Selain dari western food, masakan seperti nasi minyak juga turut disediakan. Pengunjung yang datang juga adalah dari berbagai negara. Secara tak langsung makanan yang terdapat di Malaysia dapat dinikmati dan dirasai oleh pengunjung dari luar dan dalam negara. Sekian saja ~
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.