Tak Bosan Ke Makan Benda Sama?

Tak Bosan Ke Makan Benda Sama?



Gambar di atas adalah ehsan google. Mengimbau semula kenangan zaman sekolah dulu. Masa rehat adalah masa yang paling dinanti. Zaman aku dulu, duit belanja RM1. Pernah sekali ada rakan sekolah yang aku tak berapa rapat tapi acapkali terserempak di kantin : 

"Kau tak bosan ke makan mihun sup hari - hari?"

Aku senyum je. Itu jawapan terbaik bagi aku. Dengan berbekalkan RM1, mana mampu aku makan nasi lemak ayam. Yang harganya sendiri pun aku tak pernah ambil peduli. Aku tahu, mahal. Waktu itu aku memang tak mampu melainkan kalau hari ini aku berbelanja kuih, bakinya aku anjak untuk esok. Aku mampu menikmati nasi lemak ayam. Tapi bukan minat aku, berlapar semata - mata untuk mewah. 

Seingat aku, zaman sekolah rendah dulu. Aku cuma berbelanja 70sen dan menikmati mihun sup/laksa. Itu sudah cukup nikmat bagi manusia bernama aku. Saja je, mengimbau kenangan. Sampai sekarang, nak makan ayam dekat kedai pun aku malas. Kadang - kadang makan nasi dengan sayur je :)

Post a Comment

4 Comments

  1. masa sekolah dulu tak selalu makann sangat waktu rehat. sama ada bwk bekal or mkn kuih je. jimat lah katekan..
    kalo mkn mi sup tu kengkadang je.. tmbh dgn sambal hitam..perghhhh

    ReplyDelete
  2. chantek gmbr makanan gugle tuuu., hehe2

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.