Review Movie The Boy

Review The Boy
Review Movie The Boy


Sinopsis

Greta seorang perempuan muda yang datang dari Amerika (Lauren Cohan) telah menjadi seorang pengasuh untuk seorang kanak - kanak berusia 8 tahun di semua kampung yang jauh dari masyarakat dan bandar. Di luar jangkaannya, Greta telah mendapat tahu bahawa anak majikan yang bakal dia bekerja kelak adalah seorang anak patung. Keluarga majikannya sangat mengambil berat terhadap patung tersebut seolah - olah patung tersebut bernyawa. Satu peristiwa aneh berlaku apabila setiap kali Greta melanggar peraturan yang ditulis oleh majikannya. Dan satu hal yang paling teruk dalam hidup Greta adalah untuk mempercayai bahawa anak patung itu sebenarnya masih hidup.


Barisan Pelakon

Review Movie The Boy
Lauren Cohan
Greta
Review Movie The Boy
Rupert Evans
Malcolm
Diana Hardcastle
Mrs. Heelshire
Review Movie The Boy
Jim Norton
Mr. Heelshire

Review Movie The Boy
Ben Robson


Sabtu minggu lepas aku berpeluang menonton cerita The Boy di panggung wayang. Aku tak mampu nak bagi lima bintang. Sebab serius hambar gila. Sampai sekarang aku masih ada persoalan yang tidak terungkai lagi berikutan selepas menonton cerita ini. Aku cadangkan, jangan membazir duit tengok cerita ni. Serius. Tapi tak tahu lah bagi kau, kalau cerita ni seronok.

Permulaan cerita ni adalah apabila Greta di hantar ke sebuah rumah besar yang didiami oleh pasangan suami dan isteri serta anak kecilnya di sebuah perkampungan yang sangat terpencil. Tiada masyarakat tiada bandar. Cerita ni mula nak suspend masa Greta sampai di rumah dan membuka kasutnya. Ketika itu, majikannya tiada di rumah. Tapi, Malcolm (lelaki yang menghantar barangan runcit setiap minggu) masuk ke rumah.

Tiba - tiba kasut Greta hilang apabila Mrs heelshire suruh Greta pakai kasut. Waktu ini lah Mrs Heelshire cakap anak dia nakal dan kasut Greta akan dipulangkan nanti. Tapi masa ni, anak dia masih tak munculkan diri. Sampai lah satu masa, bila Mrs Heelshire terangkan satu persatu kerja yang Greta kena buat. Waktu ni Greta pun tak rasa pelik sangat.

Sampai di satu bilik, Mr Heelshire sedang bercakap dengan anak patungnya. Mrs Heelshire kenalkan anak dia pada Greta. Masa ni baru Greta nak rasa pelik. Antara senarai kerja yang Greta kena buat ialah kejutkan anak patung tu untuk pergi ke sekolah, bacakan puisi, pasang lagu, cium sebelum tidur dan macam - macam.



Tak silap aku, lepastu pasangan majikan nya outstation (yang sebenarnya pergi membunuh diri). mereka ada menhantar surat untuk Greta. Tapi Greta tak baca apa isi kandungan surat tu. Waktu ni, Greta tinggal sorang - sorang dan semua senarai kerja yang berkaitan patung ni (mandikan tukar baju semua tu) Greta tak buat. Sampai satu hari, kedudukan patung ni beralih tempat dan patung tu buatkan dia sarapan (roti dengan jem). Greta mengadu pada Malcolm. 

Review Movie The Boy

Mula - mula Malcolm tak percaya. Tapi sebab Greta berharap sangat pada patung ni. Patung tu pun bergerak untuk membuktikan sangkaan Greta adalah betul. Tiba - tiba pulak ex Greta ni datang. Masa ni lah semua nya bermula. 

Aku tak nak cerita panjang - panjang. Sebab dengar pun dah merepek kan? Aku cuma tak faham. 'Orang' yang bunuh ex Greta tu sebenarnya hantu ke manusia. Sebab 'orang' tu duduk dalam satu bilik yang tersorok dan memerhati setiap pergerakan Greta dan percakapan Greta di luar. Lepas kepala dia pecah, dia hidup balik. Aku pening. Dan kekuatan dia macam dia tu bukan manusia. (kalaulah dia tu adalah manusia yang cuma duduk di belakang dinding). kekuatan dia luar biasa gila. Hahahaha. Okay dah bai.


Post a Comment

0 Comments