Sepuluh Ringgit Malaysia | Assalamualaikum. Hai pembaca setia blog KanvasDakwat. Al - kisah Sepuluh Ringgit Malaysia ni berlaku semalam. Nak tahu tak? Aku ni memang jenis pergi mana - mana jarang la dalam dompet aku ada banyak duit. Dulu dari Kajang - Shah Alam aku cuma ada RM5 paling banyak. Paling sikit tak pernah ada. Aku cuma bawak dompet yang kosong berisi dengan apa benda yang entah apa - apa. Cuma kredit dalam telefon je lah kalau ada apa - apa jadi dekat aku.
Berkat aku baca ayat kursi setiap kali nak gerak. Aku amalkan semenjak aku kenal dengan seseorang. Dia kawan pertama yang sangat sweet dan romantik. Khadijah namanya. Ya, berkat juga tuhan kenalkan aku dengan dia. Alhamdulillah. Ingat lagi, masa tu nak turun event dengan dia. Berjanji nak tunggu dekat KL Sentral. Dia pesan "Nak keluar rumah nanti mulakan dengan kaki kanan dan ayat kursi". Aku macam terpana waktu tu.
Tapi itu lah yang menyelamatkan aku. Hari isnin ayah aku bagi duit minyak RM3. Tu lah sampai hari rabu. Sebab aku makan dekat rumah. Jimat. Hahaha. Semalam (Rabu), mak aku mesej. Harini hari lahir ayuni (adik aku). Aku ada lah duit sikit, diperuntukkan beli externel hardisk. Semalam pulak hujan. Jadi aku tak dapat nak balik. Masa makan dekat foodcourt, waktu nak bayar tu ada seorang pakcik muncul betul - betul sebelah aku masa aku nak beredar. Serius terkejut! Dia mintak derma. Kebetulan masa tu aku dapat baki RM2. Aku pun tak fikir apa, bagi jela. Lagipun aku takut tengok muka dia. Seram!
Balik ofis aku belikan Ayuni (adik aku) air kelapa yang harganya RM4. Aku beli satu je. Nanti kat rumah kongsi la. Aku pun tak ada duit banyak sangat. Balik rumah tu ramai - ramai lah minum air kelapa yang cuma sebungkus.
Malam tu ayah aku bagi RM10. Aku cakap la minyak ada lagi. Ayah aku cakap ambil je buat duit belanja.
Rezeki. Tapi tu bukan semata - mata rezeki. Sebab dua kebaikan kecil yang aku buat. Bersedekah dengan bawak balik sesuatu untuk keluarga yang buat mereka seronok. Ya. itulah kebaikan.
Aku bukan riak. Aku cuma nak kongsi. Bila kita bagi, Tuhan tu akan bagi kita dua kali ganda sekurang - kurangnya. Sama - ada kebaikan Tuhan tu kita perasan dna sedar atau sambil lalu. Tu je. Sebagai manusia biasa, berkongsilah walau rezeki pada hari itu cuma bernilai RM1. Memang penat bekerja, tapi duit yang dapat tu bukan untuk kita sorang. Maka berkongsilah. | Sepuluh Ringgit Malaysia
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.