Siri Syiling Pertama Malaysia 1967 - 1988



Siri Syiling Pertama Malaysia 1967 - 1988


Siri Syiling Pertama Malaysia 1967 - 1988

  • Bank negara Malaysia(BNM) telah ditubuhkan pada tahun 1959 dibawah ordinan Bank Negara Tanah Melayu yang diberi kuasa mengeluarkan matawang Negara. 
  • Realitinya lembaga suruhanjaya matawang Malaya & British Borneo masih aktif sehingga Jun 1967. 
  • Pada 16 Januari 1969, kesemua sah taraf matawang Malaya yang lama dimansuhkan sepenuhnya.
  • Malaysia & Bank Negara telah melancarkan duit syiling pertamanya pada 1967 dengan edisi keluaran 1 sen daripada tembaga,5 sen,10 sen,20 sen & 50 sen pula daripada kupro nikel. 
  • Muka hadapan tertera Bangunan Parlimen & Bulan Bintang yang berkonsepkan Demokrasi berparlimen & Islam sebagai Agama Rasmi Negara. 
  • Pada muka belakang pula, lambang Bunga Raya dengan perkataan MALAYSIA berserta tahun penempahan(minting) syiling tersebut.
  • Duit-duit syiling ini telah direka oleh Geoffrey Colley.
  • Duit-duit syiling ini di keluarkan diantara tahun1967 hingga 1988. 
  • Dua jenis tembaga Duit 1 sen 1976 telah dikeluarkan, iaitu satu diperbuat daripada tembaga dan satu lagi diperbuat daripada tembaga-clad steel.


Tahun-tahun syiling yang tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
  • Duit 1 sen: 1969, 1972, 1974 & 1975.
  • Duit 5 sen: 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983 & 1984.
  • Duit 10 sen: 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987.
  • Duit 20 sen: 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985 & 1986.
  • Duit 50 sen:1970, 1972, 1974, 1975 & 1976.


  • Duit2 50 sen tahun 1967,1968 & 1969 dikeluarkan dengan dua versi iaitu ‘Milled Edge’ dan ‘Security Edge’. 
  • Lihat gambar foto lampiran. Duit 50 sen ‘milled edge’ telah memecahkan rekod harga matawang syiling Malaysia. 
  • Nilai lelongan tersebut telah mencapai sehingga lebih daripada RM10,000 sekeping pada 19 November 2013 di Singapura.

Kredit  : The Patriots

Siri Syiling Pertama Malaysia 1967 - 1988


Post a Comment

2 Comments

  1. 50send 1967 yg mcm ramai org cari kan..

    ReplyDelete
  2. Tengok kat ebay ramai orang luar jual syiling lama kita dalam harga dekat beribu jugakla....
    Sebab tengok ada org luar jualla, tiba² teringin nak tau sejarah duit syiling ni dan terjumpa blog ni. Thanks sbb bagi info pasal duit syiling.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.