|
Gambar diambil ketika pembedahan sedang dijalankan |
Anak Istimewa Pemberian Tuhan Dicemuh! | Assalamualaikum. Tadi, masa tengah syok scroll newsfeed dekat facebook. Mata tertancap pada salah satu status yang telah di kongsikan oleh rakan facebook. Seorang perempuan cantik telah mencemuh seorang anak istimewa pemberian tuhan. Terkilan. Terkilan sebab terang - terangan menunjukkan kebangangan nya di dalam facebook yang boleh dipertontonkan satu dunia dengan kadar jutaan manusia.
Aku tutup nama ibu kanak - kanak istimewa tersebut dengan perempuan yang tuhan datangkan dari syurga tu. Kelihatannya macam akaun milik perempuan dari syurga tu macam dah tak wujud. Siapa jumpa akaun milik ibu kanak - kanak istimewa tersebut tu rezeki korang lah. Dapat ikut perkembangan anak istimewa pemberian Tuhan ni :)
|
Anak Istimewa Pemberian Tuhan (sebelum pembedahan) |
|
sebelum jahitan dibuka |
|
Selepas jahitan dibuka |
Ini lah rupa anak istimewa pemberian tuhan yang dicemuh oleh perempuan yang datang dari syurga serba sempurna. Mari kita sama - sama doakan perempuan yang datang dari syurga serba sempurna itu menyedari kesilapannya kerana mencemuh anak istimewa pemberian Tuhan ini. Doakan juga anak syurga ini menjadi anak soleh pada kedua orang tuanya dan dapat berbakti dengan sempurna selama hayat. Insyaallah. Semoga ibu tabah dengan dugaan Tuhan. Ya, aku juga begini. Kerana itu aku terkilan! | Anak Istimewa Pemberian Tuhan Dicemuh!
2 Comments
Sedihnya bila baca kisah ini. Mek ila doakan moga anak tadi membesar dengan sihat dan sempurna. Amin
ReplyDeletetak elok cakap camtu kan, anak mana2 pun tetap dari Allah dan amanah yg perlu dijaga
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.