STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS



STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS


STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS | Assalamualaikum. Pada hari sabtu (06/09/2015) bertempat di Hotel De Palma Ampang telah berlangsung nya STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS. Memang kepoh habis lah workshop tu. Banyak tips - tips dan info - info dari Wawa Idris yang telah dikongsikan bersama 30 bloggers dari Kelab Blogger Ben Asshaari.

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS

Gigih aku datang naik motor dari Shah Alam sampai sesat - barat. Tapi sebab komited nya aku pada kerja. Aceceh. Memang tak rugi. Walaupun melilau juga lah aku mencari Hotel De Palma guna maps. Maps pun bagi aku jalan salah. Sadis betul. Styleworkshop kali ni, ada yang datang dari Melaka ada yang datang dari tempat jauh. Tapi demi Wawa Idris semua gagah turun padang. Cayalah Kelab Blogger Ben Ashaari. Semoga ilmu yang kita dapat masa Styleworkshop berlangsung akan di manfaatkan dalam kehidupan seharian. Insyaallah. Sebab kan aku lambat sampai, aku tak dapat sarapan. Nasib baik la aku beli Milo Kotak. Dapat lah bertahan sampai ke tengahari. 


STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS

Wawa Idris tengah bagi talk. Memang bersemangat u all. I tak mengantuk langsung. Memang semangat je dalam kelas. Dia bagi talk memang kebabom sangat. Langsung tak nampak dia macam penat ke. Bersemangat dari pagi sampai ke petang. Cantik pulak tu. Nampak muda. Jeles aku tengok. Haishh. Wawa Idris ni perunding pakaian. Korang tengok jela cara dia berpakaian. Cantik kan? Okay nanti aku cerita sikit pasal cara kita berpakaian. Kot - kot korang boleh guna dalam kehidupan seharian kan? Especially bagi wanita yang bekerjaya tapi tak tahu macam mana nak menggayakan pakaian. 



STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS

Bloggers semua fokus dengan apa yang Wawa Idris sampaikan. Tak berkedip mata. Takut terlepas info penting. Sebelum tu jom kita belajar ABC dulu. Ha tak nak lah tu. Sabar sabar. Belajar dulu, mana tahu penting. Apa itu ABC? ABC stand for : 
 A - Appearance | Keterampilan , B - Behavior | Kelakuan , C - Communicative | Komunikasi. 
ABC ni sangat penting sebelum kita cerita lebih lanjut pasal style :) Lepastu kita kena lah SELFIE sikit. Eh bukan selfie tangkap gambar sendiri tau. SELFIE tu adalah : 
S - Stop comparing yourself , E - External perspectif , L - List your awesome trats , F - Fokus on archivment , I - Innerself dan E - Embrace yourself. 
Maksudnya kat sini ialah korang wajib sayang diri korang sendiri. Kalau tak sayang macam mana nak bergaya kan? Tak kisah lah korang gemok ke hodoh ke kurus sangat ke apa ke. Yang penting korang sayang diri korang sendiri dulu. Baru korang boleh move on fikir pasal style. Semua orang boleh jadi stylo okay? Tak kisah lah macam macam pun dia tu. 


STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS


Wawa Idris cakap : 
First impression is the last impression
Sebab tu pentingnya kita untuk mementingkan style bila kita keluar. Mungkin kita akan berjumpa seseorang. Korang nak diri korang diingati dengan sesuatu yang negatif? Mesti tak nak kan? Korang kena lah amalkan TOP. TOP what? 
T - Time | Masa , O - Occasion | Event tentang .. ? , P - Place | Tempat
Pastikan pakaian yang korang pakai harus bersesuaian dengan majlis. Kalau main taram je, macam tak kena lah pula. Silap - silap ada oang mengumpat kat belakang. Lainlah kalau korang ni memang jenis diva kan? Hehehe. 

Oh ye, ada satu tips yang penting di sini.
Lagi banyak kita tutup permukaan kulit, semakin kita akan terlihat formal. 
Ha kau. Macam hipotesis lah pulak. Tapi itulah kenyataannya. 



STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS


Orang berbadan besar
- Elakkan baju berlapis-lapis. 
- Eloknya kain siffon (nampak terletak) Tips :  Siffon tidak sesuai dipadankan dengan seluar jeans. 
- Pakai warna gelap dan berpakaian warna ton senada. Jangan sesekali berpakaian warna kontra.
-  Pakai baju mengikut saiz badan sebenar.
-  Elakkan pakaian bercorak melintang. 
-  Elakkan baju yang kembang belah bawah. 

Double chin | Muka bulat
-  Elakkan pakai T-Shirt round neck. Sila pakai kemeja atau T-Shirt V Shape. 
-  Elakkan memakai aksesori bulat. 

Kecik / Rendah macam aka Kak Nina
-  Pakai warna senada. Dari tudung hingga ke kasut. Kontra warna akan memotong ketinggian 
-  Jangan lipat bahagian bawah seluar. 
-  Tips :  Sila pakai kasut tinggi. 


STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS

Mutiara ni memang kalau boleh wajib bagi perempuan untuk di gayakan dengan baju kurung atau apa sahaja. Ia akan melambangkan perempuan tu bukan biasa - biasa. Nampak macam wow lah kalau orang pandang. Ouh ye. Kalau kita bergaya, cuba cari bahagian mana yang kita nak orang fokus. Kita ambil contoh Wawa Idris. Dia fokuskan sesuatu pada turban dan rantai. Jadi, bila orang tengok dia, benda pertama yang orang akan nampak ialah turban dan rantai. Sebab tu prang berbadan besar, kalau boleh cuba cari bahagian - bahagian yang lain selain dari bahagian yang besar untuk orang fokus dekat tempat tu. Contohnya pakai tudung lain dari yang lain. Jadi orang akan terlupa untuk pandang badan kita yang besar. Sebab orang akan lebih tertarik dengan tudung, 



STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Antara pemenang Best Dress

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Antara pemenang Best Dress

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Antara pemenang Best Dress

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Bloggers Awesome

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS



STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
First time jumpa Bonda. Juga merupakan ahli EFG :) Comel je bonda ni.


Ni kak Bella
STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Dapat cd kaw dari Cik Nabil. ^_^

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Tamat sudah kelas. 

STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Bergambar bersama Encik Nabil. Bakat baru yang dah lama terpendam. Semoga terus sukses 
STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS
Ni ha Wawa Idris. Cantikkan?


Sampai sini je perkongsian aku kali ini. So, kalau korang rasa macam was - was pasal cara pemakaian contact je aku. Aku boleh tolong. Tapi sekadar bagi nasihat jela. Haha. Sebab aku join STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS so dapat lah sikit ilmu. Tanya je. Jangan malu - malu. Nak lebih faham, direct cari Wawa Idris. 


Terima kasih kepada : 
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan



Instagram WawaIdris_ImejPatik 
Facebook Wawa Idris ImejPatik
Web http://www.wawaidris.imejpatik.com 

WOW Virtue Training & Image Consultant

Suite : 33-01, 33rd Floor
Menara keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 /  +603.2116.9619 
Fax: +603.2116.5999

Semoga bermanfaat pada yang membaca. Terima kasih juga kepada Kak Nina yang sudi berkongsi gambar dan entri. Kepada bloggers lain juga terimakasih atas kebaikan hati berkongsi gambar - gambar yang cantik  | STYLEWORKSHOP BERSAMA WAWA IDRIS

Post a Comment

3 Comments

  1. Akk pn rendah...kene pakai warna senada dan kasut tinggi. Tq for tips

    ReplyDelete
  2. Thnx mieza.. anda sanat khusyuk dalam kelas patik..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.