Paling RARE | Assalamualaikum/ Maaf lah lama sangat tak update bog. Tak boleh fokus. Period pain semalam memang betul - betul buat aku derita. Effect nya sampai semalam. Nasib baik aku ni kuat. Tak de lah sampai pengsan - pengsan walaupun tak makan. Togok air jela untuk tenaga. ha lepastu asyik ke tandas. Ni pun macam nak demam. Siapkan projek pun aku buat sikit - sikit je. Tak mampu nak fokus semua. Otak aku beku. Tak boleh nak fikir apa.
Minggu lepas masa kelas English, madam ada tanya student :
Korang pernah tak rakam suara sendiri lepastu setting letak dekat voice mail. ? Masa zaman saya dulu, dapat je telefon gagah rakam suara. So kalau orang call saya boleh buat suara saya.
Tu mungkin masa zaman madam. Zaman aku dulu arwah nenek aku yang mula - mula bagi aku merasa pegang telefon. Zaman tu famous NOKIA 3310. Bajek je hari - hari nak buat lagu calleringtone pakai lagu sendiri. Bajet je macam bagus. Phone sekarang dah tak ada macam tu kan? Sekarang semua lagu nak hot je. Dah tak ada da bunyi tet tet tet. Kalau ada pun dah diubah bunyi macam wow. Dah t ak nampak classic. Cerita pasal voice mail.
Aku memang teringin nak guna suara aku. Tapi macam kelakar. So, aku biar jela. Biar mesin yang jawab kan. Pernah sekali tu masa darjah berapa tah, kecoh pasal suara hantu. Masa tu tak pandai lagi pasal voice mail voice mail ni. Beria lah dapatkan nombor telefon nenek kebayan. Call la. Seram gila. Suara nenek kebayan. Lepastu duit kena tolak. Tapi masa tu tak tahu pun tu apa benda.
Percaya je benda tu memang hantu. Dah besar - besar sikit baru faham tu rupanya calleringtone bila orang call. Hahaha. Masa tu memang aku maki diri aku. Zaman - zaman sekarang budak - budak dah tak layan benda aneh macam ni. Diorang cuma tahu gajet. Averywhere gajet. | Paling RARE
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.