Tuesday, September 29, 2015

Jenis Maskara dan Kandungan

Mieza S | 9/29/2015 11:46:00 AM | 1Comments |


 
 
 
Jenis Maskara dan Kandungan
 
 

Jenis Maskara dan Kandungan


WATER SOLUBLE
  • Cairannya berasaskan air, lilin, pewarna, polimen dan mengawet. Disebabkan ia mengandungi air yang banyak, maskara ini mudah larut dalam air. Pun begitu ia lebih tahan lama dan sesuai untuk kegunaan harian.

WATERPROOF
  • Kandungan cairannya hampir sama dengan maskara yang mudah larut dalam air. Bezanya, maskara ini dihasilkan berasaskan minyak menyebabkannya tidak mudah larut di dalam air. Penggunaan disarankan selepas sapuan conditioning mascara supaya bulu mata tidak mudah keras dan putus

CAKE
  • Ia berbentuk bedak atau krim dan digunakan sebelum maskara dalam bentuk cecair dihasilkan. Sebelum menyapunya, basahkan sedikit berus dengan air dan rapikan agar rata ketebalanya. Gunakan maskara jenis ini untuk mendapatkan bulu mata yang sangat tebal.

TRANSPARENT
  • Ia mengandungi sedikit sahaja pewarna. Fungsinya terhad iaitu membuatkan bulu mata kelihatan lebih segar dan berkilat. Sesuai untuk mereka yang sememangnya memiliki bulu mata yang panjang dan tebal.

NON-CLUMPSING
  • Maskara anti kusut ini berfungsi menjadikan bulu mata kelihatan lebih tebal, tetapi tidak mengumpal atau kusut. Ia mengandungi ekstrak sutera dan gliserin selain dilengkapi dengan berus yang lebih panjang.


Tip: Jika anda menggunakan maskara jenis cecair dan ingin bulu mata anda kelihatan lebih tebal anda boleh menggunakan sebarang bedak jenis powder.



Caranya :-
  1. Sapukan dulu maskara cecair pada bulu mata
  2. Kemudian dengan menggunakan berus maskara yg lain celupkan sedikit berus pada bedak powder, ditiup dahulu agar tidak terlalu byk dan kemudian baru diletakkan dialis mata.
  3. Sapukan semula maskara cecair pada bulu mata dan percayalah selepas ini anda tidak akan memerlukan lagi bulu mata palsu utk menampakkan bulu mata anda kelihatan tebal dan panjang.





Jenis Maskara dan Kandungan

1 comment:

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.

TABU
Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia
ASRAMA: 2
Surat-Surat Perempuan Johor
1515
RAHSIA
GANTUNG: 2
SUNYI
ASRAMA
DELIMA
GANTUNG
GELAP
KACAU
KELABU
LAKNAT
LARI
KAMERA
MENTAL
LENDU
MEREKA
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.