Pengalaman Interview Paling Rare




Pengalaman Interview Paling Rare



Pengalaman Interview Paling Rare | Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang dan ruang untuk menaip. Saja nak share pengalaman interview paling rare. Tajuk letak gempak - gempak. Jangan tak puas hati pulak kalau cerita hambar. Kahkah. Actually aku baru balik dari diinterview. Syarikat dirahsiakan. Hari khamis kalau tak silap, bahagian HR call aku suruh bawak IC original dengan gambar. Itu sahaja.

Ceh, aku pun beriya hari ini (isnin) datang awal. HR suruh datang pukul 9.30 tapi terlewat 9.40. Aku dah agak, aku paling lewat. Grrrr. Nak tahu kenapa aku lewat? Sebab aku tak ada salinan IC. Walaupun aku dengar HR tu cakap IC original tapi macam tak logik pulak tak bawak salinan IC. Walaupun hakikatnya kat syarikat tu mesti ada mesin potostet apa salahnya kalau aku nak tumpang kan? Tapi aku ni jenis, tak suka nak susahkan orang.

Bila aku sampai dekat syarikat tu, ada 5 orang tengah tunggu giliran. Aku duduk. Memang pisyang habis tunggu giliran. Internet tak ada. Aduhh. Ada hakak tu bagi borang suruh isi. Pen pun tak bawak. Pinjam lagi. Aduhh awal - awal dah failed. Waktu aku isi borang, aku pandang kiri kanan. Rasa macam nak tunduk je muka. Rasa macam nak letak muka dalam kain pulak. Diorang siap bawak fail sijil. Aku tak bawak pape.

Rasa macam bukan sesiapa pulak. Lepastu aku mintak izin nak keluar kejap. Aku rushing cari kedai potostet, siap balik rumah ambil sijil. Tu pun sijil potostet je. Bukan sijil original. Boleh bayangkan tak, masa interview buat perangai macam ni? Kelakar rasa.

Dah tunggu lama satu hal. Aku dapat nombor last sekali, lepas pukul 2 baru turn aku. Hakak tu suruh rehat dulu. Dah balik tu, hujan lebat pulak. Macam tak ada rezeki je. Siap baring - baring main phone semata - mata nak tunggu hujan seriat. Rasa macam nak tidur je kan hujan - hujan ni.

Masa hujan dah reda tu mak aku jerit suruh pergi. So, aku pun bangun. Dalam hati tadi dah niat macam malas nak pergi. Dah give up, menampakkan tak ada rezeki kat situ. Masa tu dah pukul 3.30. Kau gila nak datang lambat? Dah la hujan lagi. Tapi gentleman, aku datang juga. Aku habiskan apa yang aku mula.

Selamat. Interview masih sedang berjalan. So, tunggu lagi. Bila nama dah kena panggil. ...

"Puan, saya datang untuk praktikal."

"Lah yeke? Ingat nak kerja. Sepatutnya terus ke bahagian HR."

Sempat la borak. So, tak ada interview untuk aku. Cuma tak tahu dapat ke tak. Doakan aku dapat praktikal dekat situ. Semoga bermanfaat. Ni aku share PERTANYAAN UMUM KETIKA DI INTERVIEW KERJA. Terima kasih sudi baca. | Pengalaman Interview Paling Rare 

Post a Comment

5 Comments

  1. untung laa dapat panggil interview even though tujuan asal nak praktikal.. huhu

    ReplyDelete
  2. lorrrr napa tak bgtau je nak praktikal hahhaha

    ReplyDelete
  3. Cis mendebarkan kalau dapat interview cam ni susah juga nak dapat kerja

    ReplyDelete
  4. hahahaha suspen je..praktikal je rupanya kiki

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.