MANFAAT KAN APA YANG TINGGAL | Assalamualaikum. Di satu sudut, aku masih disitu mengenangkan apa yang pernah datang apa yang pernah pergi. Dia yang pernah datang ibarat angin yang semakin hilang menjauh dilayar masa. Penghujung nya tidak ada, dan semakin jauh jauh dan jauh. Tak mungkin akan kembali. Manfaat kan apa yang tinggal. Di saat dia pernah datang, kemudian hilang. 'Hilang' disini bukanlah hilang yang tidak bertanda. Tapi hilang ketemu semula dengan PenciptaNya.
Semakin aku dewasa, semakin aku mengerti sepi itu bagaimana, sunyi itu bagaimana, sakit itu bagaimana. Untuk pertama kali dalam hidup semenjak 'dia' pergi, aku jejak di tanah tempat anak - anak nya membesar. Atas pelawaan atuk. Untuk yang pertama kali, aku rasa jiwa semakin dekat dengan mereka. Mereka yang tak pernah aku seriuskan ketika berbicara. Sekadar sambil lewa.
Duduk di kampung yang terletak jauh sungguh dalam pedalaman. Jirannya cuma pohon - pohon, angin kampung. Nyaman. Walaupun ketika itu, aku kira suasana sangat nyaman. Bapanya yang juga merupakan pakcik aku. Tiada gambar anak - anaknya. Aku pun rasanya tak pernah bercakap lagi dengan anak - anak nya yang merangkap sepupu sebelah bapa. TAK PERNAH. Sebab tak ada apa yang nak dibualkan. Pagi bertolak ke Perak, sampai di sana dalam pukul 11 pagi lebih kurang.
Aku membuang - buang masa dengan ambil gambar sebanyak yang mungkin sebagai kenangan. Mungkin mana tahu, ini adalah kali terakhir aku dapat menjejaki tanah Perak. Siapa tahu bukan? Perasaan? Tak tahu bagaimana nak di gambarkan. Kenangan lama banyak menghambat. Kadang - kadang sebak. Memang dah selalu sangat atuk bercerita tentang kenangan. Tapi kali ini berbeza. Sungguh. Sebak datang tiba - tiba.
Jarang aku manfaatkan apa yang tinggal. Kerana bagi aku yang tinggal itu tetap akan ada menjadi pengganti yang elah pergi. Tapi salah, yang tinggal itu mungkinlah hanya kenangan yang tinggal kepada yang pernah pergi. Ini sahajalah yang pernah ada. Maanfaatkan. Mungkin - mungkin nanti, mereka juga akan pergi. Bersama kenangan - kenangan semalam.
Manfaatkan apa yang tinggal. Pesan aku, satu je. Harapan untuk memungkinkan kau kembali ke masa lalu itu adalah sangat tipis kerana banyak yang akan dan telah berubah mengikut peredaran masa. Di depan kau, di depan ini lah yang akan mencorak kan warna untuk esok. Maka, semailah warna dengan yang paling indah. Agar perginya nanti akan ada kenangan paling indah dalam hati meski ada jiwa yang akan mati. Bersama kenangan - kenangan semalam. | MANFAAT KAN APA YANG TINGGAL
1 Comments
susah juga nak faham kata-kata yang ada dalam entri ini.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.