Apa itu Ateisme?



Apa itu Ateisme?


Apa itu Ateisme? | Assalamualaikum. Jom baca :)


  • Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan
  • Ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran
  • Wujusnya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. 


Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah
  • Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
    Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
  • Masalah kesengsaraan di atas bumi
    Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
  • Masalah Logikal
    Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
  • Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
    Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
  • Ketidaksinambungan
    Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.

Faktor-faktor wujudnya Ateisme.
  • Perkembangan Teknologi dan Sains
    Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
  • Fahaman Sosial-Progresif
    Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalammasyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
  • Faktor Moraliti
    Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.


Terima kasih baca. Semoga bermanfaat | Apa itu Ateisme?

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.