MUNGKIN | Rindu sama kamu. Kamu yang semakin pergi.
"Jom jumpa?"
"Tak mahu lah."
"Im not the perfect human."
"Hahaha. Human being a normal. No body perfect. Same like you."
"Kau tak akan faham situasi aku. Kau lain. Aku lain."
"What the different?"
"Ah. Payah lah kau ni.
"Apa yang kau nak cakap sebenarnya?"
"Tak ada papa !"
"Okay sorry. Didnt mean it."
"Its okay."
*********
2 WEEKS LATER.............
"Weyh, jom lah. Nak sangat jumpa kau. Aku janji akan terima semua kekurangan kau."
"Kau bercakap macam orang bodohlah. Bosan lah manusia ni. Balik balik ulang ayat sama sejuta kali. Muak weyh muak. Tak ada perkataan lain lagi ke nak sebut?"
"Kau bercakap macam orang bodohlah. Bosan lah manusia ni. Balik balik ulang ayat sama sejuta kali. Muak weyh muak. Tak ada perkataan lain lagi ke nak sebut?"
"Jangan lah sama kan aku dengan orang lain. Aku aku lah. Diorang diorang. Kenapa mesti kau nak sama kan aku dengan orang lain?"
"Sebab diorang manusia, kau manusia, aku manusia. Aku dah terbiasa dengan semua ayat ayat sampah yang langsung tak ada erti lagi dalam hidup aku."
"Ingat Tuhan. Jangan nak hamburkan semua kemarahan orang lain pada aku. Aku pun ada perasaan. Jangan fikir sakit hati kau sorang je weyh."
"Dah tu, diam. Tapayah nak jadi angle."
" ....... "
"Ami, kau masih ingat dia? Bukan ke haritu sebelum jumpa kau dah janji dengan diri kau. Kalau dia pergi, anggap saja dia bukan untuk kau."
"Ya. Memang macam tu lah yang aku cakap dekat diri aku. Tapi aku lupa. Aku masih manusia. Manusia yang tak senang nak mengganggap segalanya mudah. Sebelum jumpa, memang aku ada sayang dia. Sampai lah masa pertama kali jumpa dia. Aku makin sayang. Tapi kali ni aku betul betul lupa. Aku terlupa nak mencermin wajah. Memang sepatutnya pertemuan pertama akan jadi pertemuan terakhir. Selalunya begitulah. Tak kiralah hebat macam mana pun orang tu berjanji bersaksi Tuhan segala. Dia akan tewas juga setelah melihat aku."
"Ami, aku tahu. Bukan mudah kau nak menghadam segala yang datang dan pergi dalam hidup kau. Aku pun pernah melalui apa yang kau rasa. Bezanya aku dikecewakan kerana orang ketiga. Tapi kau dikecewakan hanya sebab rupa. Sabar Ami. Ada sebab kenapa Tuhan jadikan kau begitu. Sekurangnya kalau ada yang menyintai kau, cintanya tulus bukan kerana wajah. Tapi kerana hati. Insyaallah."
"Mula mula kenal, aku tak tahu bila masa dia sibuk. Sebab setiap masa dia boleh ada dengan aku. Tapi ini bukan pertama kali. Macam aku cakap. Lepas jumpa nanti hilang lah. Hari hari dia mesej aku. Dia bersayang sayang rindu rindu. Entahlah. Manusia. Semuanya akan cakap, cinta sebenarnya bukan dari mata turun ke hati. Tapi terus melalui hati. KAlau mata yang melihat dulu, ternyata paras rupa lah yang dipilih. Sebab tu cinta terus datang ke hati. Sebab tu cinta buta. Mata tak melihat lagi. Aku dah agak. Lepas jumpa, hari hari sibuk. Sibuk sangat. Seolah olah 24 jam adalah kerja. Tak ada masa untuk berfoya foya. Aku aneh dengan manusia. Suka berjanji tapi tak pernah ditepati. Tahu tak sakit.?"
"Ami, sabarlah. Ini dugaan. Bukan takdir kau. Mungkin"
"Aku tahu. Mungkin takdir aku bukan dengan dia. Takdir aku bukan dengan sesiapa. Aku tak diciptakan berdua. Tapi sendiri. ........ "
"Ami, kenapa kau cakap macam tu?"
"Sebab selama aku hidup, datang dan pergi macam angin. Tak pernah duduk lama lama sampai aku tua. Kadang kadang tak sempat aku nak sambut ulang tahun kelahiran pun. Begitu cepat ia pergi. Aku cuma rindukan dia. Dia yang mula mula aku kenal. Selalu ada. Selalu teman. Selalu ambil berat. Tak pernah abaikan aku. Aku cuma rindu kan dia. Cuma mesej mesej yang lama pengubat sepi aku. Aku bermain dengan emosi sendiri. Mungkin, kali ini aku masih sendiri lagi. Mungkin, dia ditakdirkan untuk yang lain. Mungkin, sudah ada yang menunggunya. Mungkin, dia sudah ada teman baru. Mungkin, aku cuma tempat melepas sepi. Sepinya hilang aku sendiri lagi. Begitulah saban detik. Aku cuma rindukan kamu. Hanya itu yang ingin aku beritahu. Semoga kamu baik baik saja. Mungkin, dia tak perlukan aku lagi. Sepinya sudah terubat. " | MUNGKIN
1 Comments
Best sangat.. saya suka ayat2 dalam cerpen ni. :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.