BUAT PILIHAN YANG TEPAT


 
 
 
BUAT PILIHAN YANG TEPAT | Assalamualaikum. Tadi aku tak ada kerja. Saja blogwalking. Aku terjumpa entri dari sahabat EFG ni http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/07/wordless-pilih-suami-betul-betul.html. Tergerak hati aku nak buat juga satu entri berkaitan diri aku, yang bersifat peribadi. Saja aku nak kongsi. Nak meluahkan sedikit isi hati. Semalam adalah hari aku kecewa. Tak luka, tapi rasa sakit. Tapi memang salah aku pun. Memang salah aku. Sebab terlalu mengganggu privacy orang sampai orang yang dah stress bertambah stress. Bila orang tengah stress habis semua dalam - dalam tu terhambur keluar. Walaupun sekadar cebisan tapi sebagai seorang perempuan dah mampu nak buat aku jatuh. Walaupun sekali lagi aku tekan kan, memang salah aku. Bukan salah dia. Aku tak pandai nak susun atur ayat untuk menjaga hati. Aku cuma tahu menuduh, tak pernah bertanya. Salah aku. 
 
 
 
 
 
Malam tu aku cari orang untuk dengar cerita aku. Bukan cerita pasal dia. Tapi temankan aku untuk seketika. Terima kasih lah semalam yang teman, termasuk housemate yang buang masa main mekap - mekap seronokkan hati aku. Nampak macam aku desprate pasal cinta. Tak lah. Sebab aku dah banyak kali disakiti. Jadi aku berharap bila umur aku dah dua puluh, aku boleh sayang orang secara serios. Tapi, macam kali ini tak. Bila dia lepaskan marah dia semalam. Dia seorang yang tak tahan kena macam tu. Agaknya dia dah geram sangat dengan aku. Maknanya, boleh ke dia tahan kalau hidup dengan aku? Mana mungkin.
 
 
Aku cuba untuk berlagak biasa, dan tak anggap apa - apa. Aku memang sayang dia. Aku tunggu dia. Tapi aku tak berharap untuk dia pandang aku. Kalau sememangnya dah jadi takdir, aku terima lah. Dia pun dah cakap semalam macam tu. Aku tak rasa pun dia akan layan aku lagi lepas ni. Apa - apa pun aku cuma mampu berdoa yang terbaik. Segalanya aku terima. Aku redha. Aku berserah. Pasrah. Aku cuma nak hubungan yang serius. Kekal sampai aku ada anak, sampai gigi aku dah tinggal sebatang. Sampai aku mati. Teringin nak kahwin muda. ^_^
 
 
Bagaimana mahu mencari bakal suami dan isteri mengikut pilihan Islam?

  1. Beragama Islam
  2. Baik akhlak dan taat agamanya
  3. Menjauhi kemaksiatan
  4. Kuat semangat jihadnya
  5. Dari keluarga yang soleh
  6. Taat kepada orang tuanya
  7. Ekonomi yang baik
  8. Pandai menyimpan rahsia
  9. Subur
  10. Tabah menderita
  11. Tidak cemburu buta
  12. Perangai dan kata - kata nya menyenangkan
  13. Mudah dilamar
  14. Cintanya yang besar
  15. Patuh dan taat
  16. Mengasihi anak kecil


 
 
Semoga ada hikmah apa yang terjadi semalam. Semoga perkongsian yang bermanfaat | BUAT PILIHAN YANG TEPAT
 

Post a Comment

1 Comments

  1. assalamualaikum.. maaf terlalu lewat reply. masih berminat untuk menempah template blog?

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.